1. MENGENALPASTI PESAKIT DENGAN BETUL
Semua pesakit perlu dikenalpasti dengan betul sebelum rawatan, penyiasatan dan prosedur dilaksanakan.
Semua pesakit dalam perlu dipakaikan gelang pengenalan (ID Band) bagi tujuan keselamatan sepanjang tempoh hospitalisasi.
Pengenalpastian pesakit perlu dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurang nya 2 maklumat pengenalan iaitu:-
- Nama penuh pesakit
- No Pendaftaran Hospital atau
- nombor kad pengenalan/pasport atau
- tarikh lahir atau
- mana-mana maklumat pengenalan diri yang sah.
Kakitangan akan menyemak dan sahkan identiti pesakit dengan bertanyakan nama pesakit dan no.kad pengenalan dan membandingkan dengan tag nama pesakit dan/atau data folder pesakit sebelum melakukan sebarang prosedur rawatan.
Sekiranya pesakit tidak berupaya memberitahu maklumat pengenalan diri, staf hendaklah bertanya kepada penjaga pesakit/ waris.
Dalam keadaan tag nama pesakit tidak ditemui, prosedur ‘time-out’ perlu dilakukan. Jururawat yang incaj wajib melakukan pemeriksaan dan mengesahkan identiti pesakit dan menggantikan tag nama yang hilang sebelum prosedur boleh diteruskan. Perlu didokumentasikan dalam nota pesakit.
Bayi yang baru lahir, hendaklah menggunakan nama ibunya pada tag nama dan ditulis B/O (baby of) nama ibu
Pengenalpastian sampel pesakit di makmal adalah dengan memadankan maklumat pada sampel pesakit dengan maklumat permohonan ujian menggunakan sekurang-kurangnya dua data pengenalan diri iaitu nama penuh pesakit dan nombor pendaftaran hospital (RN) / no pengenalan diri yang sah.
Pengenalpastian pesakit di Unit Rekod Perubatan dilakukan dengan mengesahkan nama penuh dan bukti pengenalan diri seperti dalam kad pengenalan diri yang sah atau kad pendaftaran hospital (RN).
Semua prosedur melibatkan pengenalpastian pesakit di unit-unit lain seperti Unit Pemulihan, Farmasi, Radiologi dan sebagainya perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua data pengenalan diri pesakit iaitu nama penuh dan nombor pendaftaran hospital (RN) / nombor pengenalan diri yang sah.
Dalam keadaan pesakit koma/tidak waras datang ke hospital tanpa sebarang tanda pengenalan dan tidak ada waris, pesakit akan didaftarkan sebagai “unknown” sehingga identiti sebenar dikenalpasti.