header text

header text

LAPORAN PERUBATAN

LAPORAN & LEMBAGA PERUBATAN

Laporan Perubatan  

  • Permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan dimajukan kepada Pengarah HUSM. Kebiasaannya pemohon adalah dari kalangan pesakit, pihak Insuran, Peguam, Jabatan Kerajaan, Polis dan lain-lain.
  • Bahagian Laporan Perubatan, Unit Rekod akan menyediakan folder pesakit berkenaan kepada doktor/pakar yang akan menulis laporan perubatan.
  • Keizinan untuk mengeluar maklumat pesakit perlu diperolehi terlebih dahulu. Pembayaran laporan perubatan mesti dibuat oleh pemohon sebelum permohonan diproses.
  • Sekiranya tiada masalah dengan doktor/pakar yang menulis laporan, laporan perubatan boleh disiapkan dalam tempoh 20 hari bekerja (tidak termasuk hari jumaat dan sabtu atau cuti umum) atau dalam tempoh 4-6 minggu.

 

KEPERLUAN DOKUMEN PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

 

Permohonan lengkap bermaksud dokumen berikut disertakan:

1. Permohonan bertulis melalui pos atau melengkapkan borang Permohonan Laporan Perubatan yang boleh didapati di Kaunter Laporan Perubatan.

2. Bayaran (jika berkaitan, mengikut jenis permohonan)

3. Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)

4. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan rawatan pesakit

5. Dokumen-dokumen tambahan yang berkaitan seperti dinyatakan di bawah :

A) Permohonan oleh pesakit (sendiri), perlu disertakan

- Salinan Kad Pengenalan pesakit, jika permohonan melalui pos

B) Permohonan melalui Ibu / Bapa / Penjaga yang sah (pesakit berumur kurang dari 18 tahun),

perlu disertakan :

- Surat keizinan asal dari Ibu/Bapa/Penjaga yang sah, jika permohonan melalui pos.

- Salinan Sijil Kelahiran pesakit

- Salinan Kad Pengenalan pesakit.

- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.

C) Permohonan dari waris* pesakit, perlu disertakan :

- Surat keizinan asal dari waris, jika permohonan

melalui pos. (nyatakan hubungan dengan pesakit)

- Salinan Kad Pengenalan pesakit.

- Salinan Kad Pengenalan waris

- Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian.

- Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan).

- Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan).

- Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan)

* Waris adalah saudara terdekat iaitu ibu, bapa, anak, suami, isteri, datuk, nenek atau adik beradik kepada pesakit.

Keizinan waris hanya untuk pesakit yang tidak berupaya membuat keputusan sendiri seperti :

pesakit berumur kurang dari 18 tahun

pesakit kurang upaya mental

pesakit tidak sedarkan diri

pesakit meninggal dunia

D) Permohonan melalui Agen/Wakil (insurans, Peguam dan lain-lain), perlu disertakan

- Surat keizinan asal pesakit / waris (menyatakan memberi kuasa kepada nama agen/wakil untuk mendapatkan laporan).

- Salinan Kad Pengenalan pesakit.

- Salinan Kad Pengenalan Agen/Wakil.

- Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian jika pesakit mati

Pesakit meninggal dunia

- pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.

- Salinan Sijil Kematian/Permit Penguburan

Pesakit warganegara asing

- jika pesakit tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan surat keizinan dari pihak Kedutaaan Negara berkenaan

 

KADAR FI BAHARU LAPORAN PERUBATAN BERTULIS HOSPITAL USM
 
BIL JENIS LAPORAN KADAR WARGANEGARA (RM) KADAR BUKAN WARGANEGARA(RM)
1 Laporan Perubatan Biasa ( Format USM)                   -Individu 60.00 120.00
2 Laporan Perubatan Biasa ( Format USM)                   -Peguam 100.00 200.00
3 Laporan Perubatan Insuran 100.00 200.00
4 Laporan Perubatan Insuran (Proposal) 150.00 300.00
5 Laporan Perubatan Pakar Ringkas 400.00 800.00
6 Laporan Perubatan Pakar Terperinci 1500.00 3000.00
7 Laporan Perubatan Post Mortem 1000.00 2000.00
8 Laporan Perubatan KWSP / PERKESO / Tabung Bantuan 60.00 120.00
 
DOWNLOAD BORANG-BORANG
 
1. BORANG PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN
2. BORANG PERMOHONAN NOTA DISCAJ
3. BORANG KEIZINAN PESAKIT/WARIS FORMAT HUSM
4. SURAT KUASA/KEBENARAN BAGI WAKIL UNTUK MENGAMBIL LAPORAN PERUBATAN
  
PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT (KLIK LINK DI BAWAH)
https://epayment.usm.my/main/Invoice.aspx?lang=my&str=1hnjdwZvsk2oW57SFaeB1AX%2bRDj5Ne4F/R%2b26PknfPQTegL2zWVPwnAPLuGU3hYTawLJv09rCaRD8WLjgb9SOA==
 
 
(Sila cetak Resit Rasmi dan pos semua dokumen-dokumen yang diperlukan kepada alamat Unit Rekod Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, KELANTAN atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 07 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3789917