Soalan Lazim

FAQ PENGURUSAN ASET DAN PENGURUSAN UBAT/

ALAT PAKAI HABIS

 

Apakah perbezaan antara Aset dan Inventori?

  • Aset adalah barang yang nilai perolehan ialah RM 3,000.00 dan keatas.Harta benda kepunyaan dan milikan kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau secara perundangan.

  • Aset Alih:aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain,termasuk yang dibekal atau yang dipasang bersekali dengan bangunan.Jangkahayat melebihi 1 tahun dan memerlukan penyelenggaraan berjadual.

  • Inventori ialah peralatan yang tak luak, jangka hayat melebihi setahun.Harga asal perolehan melebihi RM 100.00

    sehingga RM 2,999.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan termasuk perabot dan hamparan tanpa mengira harga perolehan.

 

Adakah semua aset USM perlu dilabelkan?

  • Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barcode/ logo/ no harta/ no siri yang dicetak daripada Jabatan Bendahari USM.

 

Adakah pergerakan aset perlu direkodkan?

Ya , semua pergerakan aset bagi tujuan penempatan semula hendaklah direkodkan dengan mengisi KEW PA 6. Tujuannya ialah bagi memastikan lokasi semasa aset tersebut berada.

  

 

Apakah tujuan pemeriksaan aset dilakukan setiap tahun?

  • memastikan setiap aset mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan betul.

  • mengetahui keadaaan dan prestasi aset.

  • memastikan setiap aset berada di lokasi seperti yang telah didaftarkan.

memastikan setiap pegawai bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset yang di pertanggungjawabkan keatasnya.

  

 

Apakah yang perlu dilakukan PTJ untuk melupuskan sesuatu Aset?

  • Pengguna hendaklah mengisi borang KEW PA 16 untuk pengesahan Tidak Ekonomik daripada Jabatan pembangunan

  • Unit Pentadbiran akan mengisi KEW PA 17 (Laporan Lembaga Pemeriksa)

  • Kepilkan KEW PA 2 atau KEW PA 3 (aset yang hendak dilupuskan)

  • Mendapat pengesahan Ketua Jabatan sebagai bukti aset tersebut perlu dilupuskan

  • Hantar ke Jabatan Bendahari.

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 04 Oktober 2022.
Jumlah Pengunjung
3319299