header text

header text

Soalan Lazim Pemulihan

 1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan?   

Pesakit Luar:

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu, dan mohon untuk dirujuk kepada jurupulih carakerja atau fisioterapi mahupun juruteknik perubatan mengikut keperluan anda.

 

Pesakit Dalam Wad:

Anda akan dirujuk kepada unit Perubatan Pemulihan oleh doktor yang merawat di wad berkenaan dan jurupulih carakerja, fisioterapis, atau juruteknik perubatan akan datang memberi rawatan dalam tempoh hari bekerja yang seterusnya..

 

 2. Berapakah caj rawatan bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Warganegara: RM5.00 Satu sesi

Bukan Warganegara: RM 10.00 satu sesi


3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bayaran caj rawatan ?

Sila rujuk Unit Kebajikan Hospital Untuk makluman lanjut. Kebajikan kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan oleh Unit Kebajikan.

 


4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran caj rawatan?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)


5. Bilakah masa operasi?

Ahad - Rabu: 8.10pg - 5.10 ptg (rehat 1.00tgh - 2.00ptg)

Khamis : 8.10pg - 3.40 ptg (rehat 1.00tgh - 2.00ptg) petang khamis adalah masa aktiviti /mesyuarat/  kerja-kerja jabatan

Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan Am: Tutup

 


 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 22 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3810639