Soalan Lazim

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?  
  Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. 
   
2. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
  Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
   
3. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
  Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
   
4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
  Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
   
5. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
  Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
   
6. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
  Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina 
   
7. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
  Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital  

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 04 Oktober 2022.
Jumlah Pengunjung
3319298