1. Adakah pesakit yang mengalami masalah fistula boleh terus ke CKDRC?
Ya, boleh terus datang ke unit kami untuk saringan fistula oleh Pen.Peg.Perubatan, seterusnya akan dirujuk kepada pakar perubatan yang berkenaan.
2. Bagaimana pihak CKDRC memainkan peranan jika pesakit buah pinggang kronik tidak mempunyai penaja dan kos rawatan?
Pihak kami akan merujuk pesakit ke unit kebajikan. Pihak kebajikan Hospital akan menguruskan untuk memohon penajaan daripada Majlis Agama Islam Kelantan.
3. Bagaimanakah caranya pesakit dapat menentukan samaada perlu hemodialisis atau CAPD?
Pesakit akan diberi temujanji untuk hadir ke program CKD TALK, selepas mendengar ceramah dari program tersebut pesakit seharusnya dapat memilih hemodialisis atau CAPD bergantung kepada keadaan pesakit.