header text

header text

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGANNYA

Hasrat menubuhkan Fakulti Perubatan di Universiti Sains Malaysia telah wujud seawal April 1974 namun tertangguh sehinggalah dengan resminya diumumkan pada awal tahun 1979 oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri ketika itu di bawah Projek Kompleks Perubatan.

Selaras dengan keputusan tersebut kerajaan memutuskan supaya kompleks Pusat Pengajian Sains Perubatan di empatkan di Kubang Kerian dan hospital yang sedang dibina bermula 1977 di bawah Kementerian Kesihatan diambil alih oleh Universiti Sains Malaysia untuk dijadikan hospital pengajar dengan kos pembiayaan sebesar RM 29.5 juta. Dari situ, Universiti Sains Malaysia mempertingkatkan kerja-kerja pembinaan di samping menyegerakan pengambilalihan kawasan tanah yang telah disediakan oleh kerajaan Negeri Kelantan seluas 72.84 hektar ( 180 ekar persegi) untuk pembinaan Kompleks Perubatan Universiti Sains Malaysia. 

Perkembangan Projek Kompleks Perubatan dalam era Rancangan Malaysia Ke-3 dan Rancangan Malaysia Ke-4 tertumpu kepada pembinaan bangunan hospital hingga siap sepenuhnya dalam tahun 1983. Serentak dengannya, didirikan juga bangunan-bangunan sokongan iaitu asrama jururawat/doktor pelatih,  asrama pelajar perubatan L/Blok 1, kafeteria pelajar, perpustakaan perubatan, asrama pelajar perubatan Hospital Daerah Jerteh, gelanggang permainan, desa rakyat, stor pusat HUSM, asrama pelajar L/Blok 2, pusat pelajar dan dewan serbaguna.

Disamping itu, beberapa buah rumahnya telah dibeli untuk penginapan staf. Jumlah unit rumah yang telah dibeli ialah

- 42 unit rumah teres satu tingkat di Pasir Tumboh

- 10 unit rumah teres 2 tingkat di Pengkalan Chepa

- 15 unit banglo 1 tingkat di Pasir Tumboh

- 43 unit rumah teres 2 tingkat di Pasir Tumboh

Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-5, Projek Pembangunan diteruskan dengan pembinaan beberapa buah bangunan lagi. Bangunan-bangunan yang telah dibina ialah Rumah Haiwan, Kompleks Sukan, Desa Murni Pusat Pengajian Sains Perubatan termasuk blok pentadbiran, dewan kuliah, makmal pelbagai guna, bilik-bilik tutorial dan kafetaria.

Projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 berjalan agak perlahan kerana kekangan kewangan. Hanya blok 11 dan blok 31 dapat dibina dalam tempoh tersebut. 

Walau bagaimanapun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7, projek Pembangunan berjalan dengan rancak. Banyak bangunan telah dibina iaitu, bangunan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Asrama Pelajar yang boleh menampung 1000 orang pelajar, dewan serbaguna,  pejabat Hal-Ehwal Pelajar serta surau USM, dewan kuliah, makmal kemahiran klinikal, rumah tetamu, blok 9 PPSP, Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Pembangunan. 

Projek Pembangunan tidak dapat diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 kerana tiada peruntukan diluluskan kepada USM dan disambung semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Perancangan pembinaan HUSM dan Kompleks Perubatan ini dilakukan oleh para professional luar negeri yang berpengalaman di dalam ‘Health Care Design’.

sejarah-penubuhan.jpg

sejarah-penubuhan2.jpg

 

Apps Telefon Pintar

mobile

Capaian Staf

Bayaran Online

WebTv@USM

channelusm

Pengiktirafan

Logo 1 StandardsLogo 3 UKASLogo 4 IQnetLogo 2 ilac MRA            rakanbayi mesraibadah

HUSM Tag

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005698