header text

header text

Kaunter Promosi Di Hospital USM

Untuk makluman YBhg. Dato'/Tuan/Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) menyediakan kaunter promosi kepada mana-mana syarikat/agensi yang berminat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kaunter Promosi Hospital USM terletak bersebelahan dengan Unit Hasil, Zon Hospital USM yang mana merupakan laluan utama staf Hospital USM dan pelawat yang hadir bagi urusan-urusan rasmi dan melawat pesakit serta berhampiran dengan pejabat -pejabat utama pentadbiran Hospital USM. Terdapat hanya satu(1) Kaunter Promosi  pada setiap masa bagi mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan eksekutif apabila berurusan dengan pelanggan. 

Sebagai makluman YBhg. Dato'/Tuan/Puan juga, Hospital USM kini mempunyai bilangan warga kerja seramai lebih kurang 3,000 orang staf yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan melibatkan Pengurusan & Profesional dan Sokongan, termasuk Pakar dan  Pegawai Perubatan serta Jururawat. 

Pihak Hospital USM mengenakan caj berpatutan bagi penggunaan kaunter tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Kaunter Promosi ini, pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan, bolehlah menghubungi Pn. Azizah /Cik Zuhasirah di talian 097674052/4053

atau email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.

 

gambar farmasi

 

 

 

 

 

 

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 22 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3810741