Pengenalan Unit Perubatan Pemulihan

 

PERANAN UNIT

Memberi perkhidmatan diagnostik dan teraputik kepada pesakit, menyediakan peralatan anggota palsu dan alat bantuan pemulihan serta memberi perkhidmatan pembelajaran kepada staf, pesakit, pelajar, pelatih-pelatih dan masyarakat.

OBJEKTIF UMUM

OBJEKTIF SERVIS UNIT PERUBATAN PEMULIHAN

1) Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Pemulihan yang komprehensif dan merangkumi semua aspek pemulihan fungsi dan struktur badan, aktiviti harian, masalah menyertai masyarakat (social integration), dan masalah adaptasi faktor persendirian dan persekitaran kepada pesakit kelainan upaya (OKU) .

2) Menyediakan servis pesakit dalam dan pesakit luar bagi pesakit yang memerlukan rehabilitasi.

3) Memperkenalkan pendekatan “patient-centered rehabilitation” dan pesakit terlibat dalam proses pemulihan mereka.

4) Pendidikan dan kesedaran kepada pesakit, keluarga pesakit dan warga kesihatan tentang perubatan pemulihan melalui pendidikan berterusan dan media.

5) Pembangunan modal insan bagi staf Unit Perubatan Pemulihan.

6) Memperkembangkan perkhidmatan ke seluruh Negeri Kelantan dan menjadi tempat rujukan serantau untuk perubatan pemulihan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan Pesakit Luar akan mendapat rawatan pemulihan dalam tempoh 15 minit selepas folder perawatan diterima.

2. Semua kes Pesakit Dalam yang dirujuk akan diberi rawatan pemulihan pada hari bekerja berikutnya.

 

PERKHIDMATAN UTAMA

A. Perkhidmatan Perubatan Klinikal Rehabilitasi

B. Perkhidmatan Perawatan Fisioterapi

C. Perkhidmatan Perawatan Pemulihan Carakerja

D. Perkhidmatan Prostetik dan Ortotik

KEPAKARAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KLINIKAL

Bahagian Perkhidmatan Klinikal Perubatan Pemulihan merupakan salah satu profesion yang terlibat di dalam proses perubatan pemulihan pesakit. Ianya merangkumi ilmu perubatan, prosedur intervensi, pemulihan pergerakan anggota badan dan integrasi ke komuniti melalui:

* Pendekatan perubatan dalam mendiagnosa, merawat, membuat prognosis, memberi pendidikan dan membantu pesakit kembali kepada komuniti.

* Pendekatan “Evidence-based medicine” dalam merawat pesakit bagi memberikan perawatan optimum dan menyampaikan maklumat terkini kepada pesakit.

Skop Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Pesakit Luar

· Klinik Rehabilitasi Neuromedikal/Neurosurgikal

· Klinik Rehabilitasi Muskuloskeletal

· Klinik Rehabilitasi Amputasi

· Klinik Pesakit Spastik

· Klinik NeuroKognitif

· Rehabilitasi Kecederaan Luka Tekanan

· “Interdisciplinary Round” pesakit luar

2. Perkhidmatan Pesakit Dalam

· Pesakit-pesakit di wad-wad Hospital USM

3. Perkhidmatan Penempatan Klinikal Pelajar dari Universiti dan Institusi Luar

4. Pendidikan dan ceramah kepada pelajar USM dan komuniti mengenai rehabilitasi

· Rawatan “Non-Invasive Brain Stimulation”

PERANCANGAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KLINIKAL

1. Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan

· Pesakit rehabilitasi di wad-wad Hospital USM

BAHAGIAN FISIOTERAPI

Fisioterapi merupakan salah satu profesion yang terlibat di dalam proses pemulihan pesakit. Ianya merangkumi pemulihan pergerakan anggota badan melalui:

* Pendekatan fizikal untuk meningkatkan, mengekalkan dan mengembalikan fungsi fizikal dengan mengambil kira keupayaan dan keadaan pesakit.

* Pendekatan sains, secara menyeluruh melalui penilaian yang berterusan, semakan bukti saintifik dan memaklumkan serta menyampaikan maklumat kepada pesakit.

* Penggunaan keputusan dan interpretasi klinikal sebagai teras kompetensi utama.

Skop Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Pesakit Luar

· Muskuloskeletal (Akut dan Kronik)

· Program Pemulihan Pulmonari

· Program Pemulihan Kardiak

· Rehabilitasi Kecederaan Tangan

· Rehabilitasi Neurologi

· Rehabilitasi Amputee

· Rehabilitasi Kecederaan Luka

· Rehabilitasi Rekonstruktif

· Rawatan Pemulihan Bagi Kes Pediatrik Pesakit Luar / Dalam

· Program intervensi awal / Early Intervention Programme

2. Perkhidmatan Pesakit Dalam

· Pesakit-pesakit di wad-wad Hospital USM

3. Perkhidmatan Panggilan Berjadual

· Pesakit Respiratori Akut di Wad-Wad Intensif

4. Perkhidmatan Penempatan Klinikal Pelajar dari Universiti dan Institusi Luar

5. Perawatan Khas Pediatrik

6. Kelas Antenatal/Postnatal

7. Women’s Health

8. Lymphoedema

BAHAGIAN PEMULIHAN CARAKERJA

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ialah penilaian dan rawatan dengan kerjasama para professional yang terlibat dalam perkhidmatan perubatan dan sosial, kepada semua peringkat umur dengan masalah mental dan fizikal melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang dipilih secara spesifik dan berperingkat bagi membantu mereka mencapai tahap kefungsian dan berdikari secara maksimum dalam semua aspek kehidupan harian yang merangkumi berdikari untuk peribadi, pekerjaan, sosial, rekreasi dan hiburan serta hubungan interpersonal.

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang diberikan kepada pesakit menumpukan kepada aspek penilaian dan latihan skil kefungsian pesakit dalam mengurus diri, mengurus rumah, mengurus kerja dan lain-lain aspek yang berkaitan fungsi kehidupan seseorang.

Aktiviti Pemulihan Carakerja yang dikendalikan ke atas pesakit akan menggunakan adaptasi pelbagai aktiviti untuk dijadikan sebagai modaliti atau media rawatan dalam melatih semula skil dan meningkatkan skil kefungsian pesakit.

Tujuan utama Pemulihan Carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian pesakit dan menggalakan pesakit menjalani aktiviti sehariannya dengan lebih yakin dan berdikari.

Skop Perkhidmatan

Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital USM memberikan perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit-pesakit yang dirujukkan pada semua peringkat umur. Secara amnya perkhidmatan pemulihan carakerja boleh diklasifikasikan seperti berikut:

1. Rawatan Pemulihan Carakerja bagi kes fizikal Pesakit Luar / Dalam

* Penilaian dan latihan skil kefungsian aktiviti harian / ADL training

* Penilaian dan latihan skil pengurusan aktiviti domestik / pengurusan rumah

* Latihan dengan aktiviti teraputik / aktiviti remedial untuk meningkatkan / mengekalkan skil fungsi pesakit

* Cadangan dan pemberian peralatan bantuan dan pengubahsuaian alat

* Penilaian dan latihan penggunaan kerusi roda /peralatan mobiliti dalam situasi harian

* Penilaian dan latihan skil kerja

* Penilaian aktiviti di rumah / sekolah / tempat kerja

* Pemberian pakaian tekanan / pressure garment

* Penilaian dan Latihan skil kemahiran tangan

* Penilaian dan latihan kemahiran kognitif

* Penilaian dan latihan skil kemahiran bersosial

* Desensitisasi sensori

* Melatih semula fungsi sensori/Terapi Integrasi Sensori

* Penilaian dan latihan penggunaan kerusi roda /peralatan mobiliti

2. Rawatan Pemulihan Carakerja Bagi Kes Pediatrik Pesakit Luar / Dalam

* Program intervensi awal

* Penilaian dan latihan kemahiran kognitif

* Latihan skil kemahiran mengendalikan aktiviti harian / ADL training

* Penilaian dan latihan pra-sekolah

* Cadangan dan pemberian peralatan bantuan / pengubahsuaian alat

* Penilaian dan latihan penggunaan kerusi roda /peralatan mobiliti dalam situasi harian

* Penilaian aktiviti di rumah / sekolah / komuniti

* Terapi sensori integrasi / Sensory Integration Therapy

* Penilaian dan latihan skil kemahiran bersosial

* Latihan skil motor kasar / Gross Motor Skills Training

* Latihan skil motor halus / Fine Motor Skills Training

* Program modifikasi tingkahlaku

* Snoezelen atau Bilik Multi Sensori

3. Rawatan Pemulihan Carakerja Bagi Pusat Komuniti Psikiatri

* Mengendalikan aktiviti pemulihan dalam Komuniti

* Mengendalikan aktiviti pemulihan Pusat harian Psikiatri

* Mengendalikan aktiviti pemulihan wad psikiatri

* Penilaian dan latihan Skil Kerja

BAHAGIAN PROSTETIK DAN ORTOTIK

Definisi

* Prostetik Bidang yang melibatkan sains dan seni dalam perawatan pesakit melalui penggunaan prostesis.

* Prostesis Alat yang dipasang pada bahagian luar anggota manusia bagi mengganti sebahagian atau seluruh anggota yang tiada.

* Ortotik Bidang yang melibatkan sains dan seni dalam perawatan pesakit melalui penggunaan ortosis.

* Ortosis Alat yang dipasang pada bahagian luar anggota manusia bagi mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuscular.

International Society of Prosthetic & Ortotic (ISPO)

Tujuan penggunaan peralatan pemulihan ialah:

* Menggantikan, memberi sokongan, perlindungan, pencegahan, membetulkan, pengawasan, mobiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya pada bahagian/segmen anggota.

* Untuk membantu dalam mobiliti, lokomasi, gait dan aktiviti kehidupan harian.

* Tugas ini melibatkan ukur, reka, fabrikasi, pemasangan, ubahsuai dan bekal prostetis dan ortotis serta alatan pemulihan yang lain.

Skop Perkhidmatan

* Merangkumi ukur, reka, fabrikasi, ujian penyesuaian dan pemasangan ortosis.

* Ubah suai dan ganti aksessori.

* Khidmat nasihat cara penggunaan dan penjagaan ortosis kepada pesakit/penjaga.

* ‘Check out’ dan pasang rehab-aid.

* Reka dan hasil ortosis baru mengikut keperluan rawatan pemulihan pesakit.

MASA PERKHIDMATAN

Rawatan bermula pada pukul 8.10 pagi hingga 1.00 petang dan pukul 2.00 petang hingga pukul 5.10 petang pada hari Ahad hingga Rabu manakala 8.10 pagi hingga 1.00 tengahari dan pukul 2.00 petang hingga 3.40 petang pada hari Khamis.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 27 September 2022.
Jumlah Pengunjung
3287967