Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Pengenalan 

Unit Klinikal  telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Klinikal. Pada awal penubuhan ianya dikenali sebagai Unit Sokongan Klinikal namun selari dengan penstrukturan semula pengurusan Hospital USM bermula 1 Mac 2018 unit ini telah ditukar nama kepada Unit Klinikal dan beroperasi di Aras 1, Blok Pentadbiran Hospital USM.

Unit ini bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan klinikal di Hospital USM untuk memenuhi fungsi sebagai hospital pendidikan, pengajaran dan penyelidikan bagi Universiti Sains Malaysia di samping memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta sebagai pusat rujukan bagi faedah masyarakat.

Polisi Unit Klinikal

1. Memastikan perkhidmatan klinikal yang selamat, berkesan, tepat pada masanya, efisyen, berpaksikan pesakit dan adil untuk semua.

2. Memastikan polisi dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan klinikal memenuhi keperluan plan strategik Hospital USM 2018 -2025

Kategori Staf

Jumlah staf di bawah kawalan unit ini adalah seperti berikut :

Jawatan Bilangan
Pakar Perubatan 1
Pegawai Perubatan  151
Penolong Pegawai Perubatan 86
Pegawai Kaunseling 2
Pembantu Tadbir 2
Pembantu Operasi 1