PENGENALAN
Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH)merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai pemantau pematuhan kawalan infeksi dan mengawal Healthcare Associated Infection (HCAI) di Hospital USM.
UKJEH juga berperanan memberi matlumat terkini berkaitan Polisi Kawalan Infeksi melalui rondaan dan pemantauan yang dilakukan.
UKJEH mempunyai seramai 11 orang kakitangan terdiri daripada:
- Ketua Unit
- Penolong Pengarah Kejururawatan
- Penyelia Jururawat
- 2 Ketua Jururawat
- 6 Jururawat (U32 KUP)
- Seorang Jururawat U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan (U29)
- Pembantu Operasi (N11)
OBJEKTIF UNIT
- Memastikan kadar infeksi di Hospital USM dapat dikawal pada tahap yang minima.
- Mewujudkan proses yang efektif bagi merawat dan mengawal pengendalian kes penyakit berjangkit.
- Mengawal rebakan kes infeksi.
- Mengenalpasti punca infeksi jika berlaku wabak.
- Membantu dalam program keselamatan dan kesihatan staf.
- Meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pengurusan sisa hospital.
- Mengurangkan kadar kerintangan kepada antibiotik dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos hospital dalam penggunaan antibiotik yang betul.
OBJEKTIF KUALITI
- Memastikan kadar MRSA di Hospital USM tidak melebihi 0.15 bagi setiap 100 kemasukan setiap bulan.
- Memastikan kadar ESBL(Klebsiella pneumonia) positif di Hospital USM tidak melebihi 0.25 bagi setiap 100 kemasukan setiap bulan.