header text

header text

Pengenalan Perkhidmatan Pergigian

ppsg

    Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia bermula pada bulan September 2000. Pada awal perkhidmatan, ia terletak di Unit Kemalangan & Kecemasan Hospital USM untuk memberikan perkhidmatan klinikal asas kepada kakitangan USM dan keluarga. Perkhidmatan ini bermula dengan 2 unit kerusi pergigian dan rawatan diberikan kepada hampir 20 pesakit setiap hari.

   Blok bangunan baru Pusat Pengajian Sains Pergigian siap didirikan dan telah disempurnakan perasmiannya pada 22 Mac 2003 oleh Yb Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Seiring dengan objekif penubuhan hospital untuk menjadi sebuah hospital pengajar dan rujukan cemerlang, Pusat Pengajian Sains Pergigian telah memperuntukkan ruang bawah di bangunan tersebut sebagai ruang operasi baru bagi Perkhidmatan Pergigian bermula Disember 2002. Ia mula dibuka kepada orang ramai dan menerima semua kes pergigian atau kes rujukan dari luar dan dalam Hospital USM.

   Semua pengamal pergigian iaitu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian & Juruterapi Pergigian di Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti  Sains Malaysia adalah tertakluk kepada Rang Undang-Undang Pergigian 2017.

Antara perkhidmatan pergigian yang utama yang disediakan untuk pelanggan iaitu :

i. Perkhidmatan pesakit luar

  • Klinik Rawatan Keluarga Pergigian (KRK-G)
  • Klinik Pakar Pergigian (KPP-G)
  • Klinik Pergigian Kanak-Kanak.

ii. Perkhidmatan pesakit dalam

  • Wad 4 Timur Depan
  • Wad 2 Selatan
  • Sleep Lab

iii. Perkhidmatan sokongan klinikal

  • Unit Radiologi Pergigian

iv. Dewan bedah PPSG

v. Perkhidmatan pergigian bergerak

vi. Perkhidmatan pergigian eksekutif

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4000804