Pengenalan

Pengenalan

Unit Pemakanan dan Dietetik mula ditubuhkan pada 1983 sebagai penyokong penubuhan awal HUSM dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Unit ini mengendalikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan Pesakit.

Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) diketuai oleh seorang Ketua Unit (U52), dua orang Pegawai Dietetik U52 , seorang Pegawai Dietetik U48, 3 orang Pegawai Dietetik U44, 3 orang Pegawai Dietetik U41, 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Kanan (C32), 8 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C29), seorang setiausaha Eksekutif (N29), 2 orang Pembantu Tadbir P/O (N22), 2 orang Pembantu Penyediaan Makanan (N22), 20 orang Pembantu Penyediaan Makanan (N19),seorang Pembantu Operasi Sajian (N16), seorang Pembantu Operasi Sajian (N14), 50 orang Pembantu Operasi (N11), seorang Pembantu Awam (H11),) dan seorang Pembantu Operasi Pejabat (N14)

Peranan Unit Pemakanan dan Dietetik

Terdiri dari dua entiti perkhidmatan utama:

  1. Perkhidmatan klinikal dietetik (perkhidmatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar)
  2. Perkhidmatan makanan (menyedia dan membekalkan diet pesakit)

Misi

UPD beriltizam untuk mencapai kecemerlangan serta terkenal dalam perkhidmatan dan pendidikan menerusi bidang dietetik serta menjadikan terapi pemakanan medikal sebagai teras utama perkhidmatan.

Visi

UPD beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan sebagai pembekal perkhidmatan pemakanan dan dietetik (Terapi Pemakanan Medikal)

Objektif Umum Unit Pemakanan dan Dietetik:-

  1. Memberi khidmat penjagaan pemakanan dan dietetik yang optimum kepada pesakit di HUSM.
  2. Menyediakan makanan berkualiti dan berzat supaya dapat memenuhi keperluan pemakanan biasa dan pemakanan khas tiap-tiap pesakit dalam hospital bersesuaian dengan jenis-jenis penyakit.
  3. Menyajikan pemakanan kepada pesakit dalam Hospital USM secara sistem Sajian Berpusat berasaskan pesanan diet/ mengikut menu yang ditawarkan.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 04 Oktober 2022.
Jumlah Pengunjung
3313896