SEJARAH KEJURURAWATAN DI HOSPITAL USM
Unit Kejururawatan adalah satu unit dibawah pentadbiran klinikal di Hospital USM. Pada 7hb. Mac 1983, tenaga kerja staf kejururawatan diambil sebagai staf pinjaman secara kontrak dari Kementerian Kesihatan. Seramai 27 orang telah melaporkan diri. Pada ketika itu, perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam belum bermula. Untuk sementara waktu, kesemua mereka telah ditempatkan di Hospital Besar Kota Bharu (HRPZ II).
Pada April 1983, semua jururawat yang telah ditempatkan di HRPZ II telah dipanggil balik semula ke HUSM untuk membuat kerja-kerja pencucian bagi persiapan pembukaan wad-wad dan klinik-klinik. Pada 1hb. Jun 1983 seramai 6 orang Ketua Jururawat telah melaporkan diri. Perlantikan mereka ini adalah bagi membuat persiapan awal Perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam di HUSM. Pada masa itu, Unit kejururawatan telah breroperasi di bahagian Selatan tingkat 2, diman kawasan tersebut pada masa kini telah dijadikan wad multi-disiplin iaitu was 2 Selatan.Oktober 1983, Perkhidmatan Pesakit Luar bermula dengan sebuah klinik manakala Perkhidmatan Pesakit Dalam pula telah beroperasi dengan sebuah wad yang mempunyai 36 buah katil untuk pelbagai disiplin.
Seiring dengan keperluan pada masa itu, klinik pakar telah mula beroperasi pada 1984 dengan diterajui oleh seorang Ketua Jururawat, 6 orang Jururawat dan dibantu dengan 7 orang Penolong Jururawat. Pada November 1984 wad Medikal, Surgikal dan Paediatrik telah diwujudkan dengan bilangan staf seramai 134 orang. Ianya terdiri dari 5 orang Ketua Jururawat, 107 orang Jururawat dan 22 orang Penolong Jururawat yang merangkumi 11 buah wad yang mempunyai kapasiti 337 buah katil. Ketua Penyelia Jururawat pertama ialah Puan Hajah Nik Mahzum Omar.
Ekoran dari perkembangan dan keperluan tempat untuk dijadikan wad pada tahun 1986, Unit Kejururawatan telah berpindah ke bahagian 2 Timur. Kewujudan Fasa 2 pada tahun 1996, menyebabkan sekali lagi Unit Kejururawatan telah berpindah ke kawasan tersebut buat sementara waktu dan kemudian berpindah pula ke Dewan Rufaida. Bermula 2007 sehingga sekarang, Unit Kejururawatan beroperasi di tingkat 8 sehinggalah bangunan pentadbiran HUSM akan mula operasinya nanti.
PERKEMBANGAN UNIT KEJURURAWATAN
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Kejururawatan adalah merangkumi:
- Perkhidmatan pesakit dalam yang mempunyai 32 wad.
- Perkhidmatan pesakit luar yang mempunyai 10 klinik pakar.
SUMBER MANUSIA
Jumlah staf kejururaawatan pada tahun 2012 seramai 1184 orang yang terdiri:
Bil. |
Jawatan |
Jumlah |
1. |
Penyelaras Kejururawatan U44 |
1 orang |
2. |
Penolong Pengarah Kejururawatan U42 |
5 orang |
3. |
Penyelia JururawatU36 |
12 orang |
4. |
Ketua JururawatU32 |
69 orang |
5. |
Jururawat U29-Jururawat Perempuan -Jururawat Lelaki |
986 orang 111 orang |
KELAYAKAN AKADEMIK
Selain dari kelulusan peringkat sijil dan diploma kejururawatan , jururawat HUSM juga mempunyai kelayakan dari segi perawatan pengkhususan dan ijazah:
Bil. |
Kelulusan |
Jumlah |
1. |
Post Basik dari pelbagai disiplin |
325 orang |
2. |
Sarjana Muda Kejururawatan |
78 orang |
* Masih terdapat lebih dari 80 orang staf kejururawatan sedang mengikuti pengajian peringkat post-basik, ijazah sarjana muda dan sarjana muda di pelbagai kolej, IPTA dan IPTS.
PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN DALAM PERKHIDMATAN
Bahagian Pendidkan dalam Perkhidmatan telah diwujudkan bagi merangka, melaksanakan dan memantau pembelajaran berterusan (CNE) serta latihan-latihan yang berkaitan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf.
PENYELIDIKAN
Budaya Penyelidikan juga telah diterapkan dikalangan jururawat dengan membuat simple survey/soal selidik di bidang klinikal. Unit Penyelidikan Kejururawatan juga telah merancang sekurang-kurangnya 1 geran penyelidikan untuk dilaksanakan setiap tahun.
SENARIO SEMASA
Bagi meningkatkan lagi perawatan yang lebih berkualiti seramai 10 orang ketua Jururawat telah diberi tanggungjawab sebagai Clinical Nurse Practise (CNP) bagi memantau perawatan di kawasan klinikal.
HUSM merupkan salah satu hospital yang mengaplikasikan konsep Hospital Mesra Ibadah, Seiring dengan itu, pengambilan jururawat lelaki telah dilakukan sejajar dengan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) ini.
Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH) telah ditubuhkan bagi tujuan mengawal penyakit berjangkit dan lain-lain yang berkaitan. Untuk memantapkan lagi fungsi UKJEH, semua Ketua Jururawat telah dilantik sebagai Link Nurse.
PERANCANGAN MASA DEPAN/HALA TUJU
Sejajar dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti APEX, telah memacu HUSM sekaligus, Unit Kejururawatan bergerak dengan lebih pantas seiring dengannya. Memandangkan semua staf kejururawatan perlu melengkapkan diri bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga dari segi aspek jati diri, ketahanan mental dan pemikiran yang lebih terbuka. Unit Kejururawatan telah membuat perancangan masa depan kepentingan organisasi. Antaranya ialah:
- Semua jururawat diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah.
- Lebih ramai jururawat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
- Penambahan dalam bidang Post Basik mengikut keperluan disiplin.
- mewujudkan wad yang mempunyai pesakit lelaki sahaja akan diterajui oleh semua jururawat lelaki selari dengan konsep HMI.
- Bilangan jururawat yang mencukupi mengikut nisbah yang dikenal pasti.
- Pengembangan carrier-pathway - peningkatan gred jawatan dalam kejururawatan.
Perkembangan Pengurusann Tertinggi Unit Kejururawatan
Bil |
Nama |
Tahun |
1 |
Pn. Nik Mahzum Nik Omar |
1984 - 1994 |
2 |
Pn. Rafiaah Ab. Rahman |
1994 - 2006 |
3 |
Pn. Sabariah Jaafar |
2006 - 2008 |
4 |
Pn. Rubiah Othman |
2008 - 2009 |
5 |
Pn. Norhimah Mahmood |
2009 - 2011 |
6 |
Pn. Raudzah Hj Mohamed Ariffin |
2011 - Sekarang |