1. | Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ? |
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. | |
2. | Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ? |
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan. | |
3. | Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran? |
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan. | |
4. | Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ? |
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL) | |
5. | Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ? |
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat. | |
6. | Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad? |
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina | |
7. | Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris? |
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital |
- Hits: 6486