header text

header text

Perkhidmatan

Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan

Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan pesakit terbahagi kepada:

  1. Pengurusan Penyediaan Makanan dan Perolehan

    Pengurusan dikendalikan sendiri oleh staf Unit Pemakanan dan Dietetik meliputi tugasan perolehan, penerimaan bekalan, penyimpanan, memasak, menu dan resepi piawai. Setiap proses dipantau oleh Penolong Pegawai

    Penyediaan Makanan dan Pegawai Dietetik.

    Waktu Hidangan Makanan adalah seperti berikut:

    Sarapan pagi         :     7.30 pagi  - 8.30 pagi
    Makan Tengahari   :    11.45 pagi - 1.00 petang
    Minum Petang       :       2.45 petang - 3.45 petang
    Makan Malam        :      5.45 petang - 7.15 petang

  2. Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit

    Sajian makanan pesakit dikendalikan sendiri oleh staf Unit Pemakanan dan Dietetik mengikut Sistem Sajian Berpusat. Pembantu Penyediaan Makanan (PPPM) bertanggungjawab dalam menyediakan makanan kepada pesakit  mengikut resepi piawai yang telah ditetapkan manakala Pembantu Operasi (Sajian) bertanggungjawab untuk mengedarkan makanan tersebut kepada pesakit di wad-wad pada setiap waktu sajian. Setiap proses penyediaan dan penyajian makanan akan dipantau oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan pegawai Dietetik.

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada:

  1. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam Wad

    Perkhidmatan dietetik pesakit dalam wad dikendalikan oleh setiap pegawai dietetik di mana mereka bertanggungjawab untuk membuat pengesahan diet pesakit, memberi kaunseling pemakanan dan membuat regim untuk pemakanan melalui tiub atau oral.

  2. Perkhidmatan Klinik Dietetik Pesakit Luar

    Perkhidmatan dietetik pesakit luar dijalankan di Klinik Dietetik Pesakit Luar. Ia melibatkan pemberian kaunseling pemakanan serta pendidikan kepada pesakit. Terdapat kes-kes baru dan temujanji susulan diberikan mengikut keperluan. Kaunseling kumpulan juga turut diberikan kepada pesakit mengikut keperluan.

  3. Perkhidmatan Enteral Kepada Pesakit

    Perkhidmatan enteral bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan perkhidmatan produk/ formula enteral termasuk perolehan, simpanan, inventori dan meluluskan pemberian produk/ formula kepada wad-wad yang membuat permintaan mengikut keperluan.

  4. Pendidikan dan Pembelajaran

    Setiap staf juga tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran berterusan dengan menghadiri seminar, bengkel, konferens, latihan yang berbentuk profesional & pengurusan. Unit juga terlibat dalam program pendidikan seperti latihan klinikal pelajar Dietetik  IPTA dalam program ’in-patient attachment’ dan ’Specialised Unit attachment’ serta program latihan industri bagi penempatan pelajar IPTA dalam jurusan Sains dan Pemakanan dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

  5. Perkhidmatan Komuniti

    Pegawai Dietetik Unit Pemakanan dan Dietetik juga aktif sebagai penceramah, pemudahcara dan perunding dalam pelbagai program pemakanan dan kesihatan.

icon email1icon staficon sdppkt

Contact Us

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
Faxs No.: 09-767 1060
Email : hospitalusm[at]usm[dot]my

Related Links

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Tuesday 07 March 2023.
Jumlah Pengunjung
3790099