Pusat Sumber CKD adalah merupakan entiti perkhidmatan baru HUSM yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan pencegahan dan perawatan penyakit buah pinggang. Ia bakal mewujudkan kerjasama bijak atau “Smart-Partnership” di antara jabatan yang sedia ada di HUSM danjuga di antara agensi swasta dengan HUSM.
Penubuhan CKD Resource Center adalah pada 12 Disember 2011 berlokasi di aras satu Jabatan Fisiologi lama . Penubuhan ini juga adalah untuk mewujudkan sistem pencegahan dan perawatan perawatan penyakit buah pinggang kronik secara bersepadudan sistematik serta lebih efektif. Ia juga bakal menjadi antara unit utama yang akan membangunkan sektor perkhidmatan perubtan yang berfungsi untuk menjana pendapatan atau “small business unit” dengan mengadakan aktiviti berbentuk bengkel menerusi CME “Continuous Medical Edication”. Aktiviti tersebut mensasarkan kakitangan awam, agensi kerajaan, NGO, agensi dan kolej swasta serta individu awam yang berminat.
CKD Resource Center akan dikenali sebagai “role model” bagi meningkatkan mutu perkhidmatan klinikal nefrologi di peringkat nasional.
Masa Bertugas
Waktu pejabat (CKD Resource) |
0810 - 1655 |
Pen.Pegawai Perubatan/ Jururawat – 4 orang Pem.Perawatan Kesihatan – 1 orang |
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Mengoptimakan kos rawatan kos perawatan melalui kaedah gunasama peralatan dan integrasi perawatan pesakit.
- Mewujudkan “One-stop centre” dalam perawatan pesakit, pendidikan pengamal perubatan dan kakitangan sokongan serta sumber maklumat terkini perawatan dan pencegahan penyakit buah pinggang kronik.
- Mewujudkan perkhidmatam baru yang lebih relevan, berimpak tinggi dan mampu membantu universiti menjana pendapatan menerusi perkhidmatan konsultansi.
- Menjadi pusat latihan “post-basic nephrology” dan pelajar pasca siswazah serta subkepakaran nefrologi.
- Mewujudkan pusat “database” pesakit buah pinggang kronik.