Pengenalan E-Kaunseling

PENGENALAN
 
Perkhidmatan kaunseling di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) secara rasminya bermula pada Januari, 2019 dan ditempatkan di bawah Unit Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia. Ianya merupakan inisiatif baharu pihak hospital bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari aspek fizikal dan psikologi kepada pesakit dan warga hospital HUSM. Perkhidmatan kaunseling ini disasarkan kepada para pesakit, waris pesakit dan staf-staf hospital yang memerlukan sokongan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling ini dikendalikan oleh kaunselor yang mempunyai kelayakan khusus dalam pengendalian kaunseling dan berdaftar secara profesional sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
 
VISI
 
Memberikan perkhidmatan kaunseling yang sistematik kepada klien Hospital USM (pesakit/waris/staf) yang dirujuk atau memerlukan bagi membantu klien tersebut supaya mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan berterusan selari dengan pelan strategik, visi dan misi Hospital USM.
 
MISI
 
Mengutamakan keperluan klien dengan membantu mereka mencapai kualiti hidup yang positif.
 
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memastikan tindakan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh
    terima rujukan kes dalaman hospital terutamanya bagi pesakit/waris pesakit di wad.
  2. Memastikan tindakan diambil dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
    terima rujukan bagi kes luar.
  3. Sesi kaunseling dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit bagi satu sesi.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 04 Oktober 2022.
Jumlah Pengunjung
3319307