header text

header text

RISM Sumbang Dana

  • RISM SUMBANG DANA TRANSFORMASIKAN PUSAT SUMBER KANAK-KANAK HOSPITAL USM

    rism1

    KUBANG KERIAN, 25 JULAI 2016 – Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) telah menyumbangkan dana sebanyak RM20,000 untuk menjayakan projek amal bagi menceriakan Pusat Sumber Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) yang dikenali sebagai Pusat Sumber 2.

    Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Hospital USM, Haji Wan Mohd Suyuti Wan Ismail berkata, projek murni ini adalah kerjasama dari Persatuan Penghibur Kanak-Kanak Buih Merah (Red Bubbles), warga Perpustakaan Hamdan Tahir dan Pihak Pengurusan Hospital USM. 

    “Perpustakaan atau pusat sumber memainkan peranan penting dalam menyimpan dan mengurus sumber maklumat dengan lebih sistematik dan tersusun di samping persekitaran yang ceria dapat menggembirakan hati kanak-kanak yang sedang menerima rawatan.

    “Pihak RISM telah menambah koleksi buku-buku dan rak serta perabot lain yang lebih sesuai dan menjadikan pusat sumber tersebut lebih kondusif, selesa dan ceria, sekaligus menarik minat sesiapa sahaja untuk mengunjunginya,” katanya.

    Wan Mohd Suyuti berkata, transformasi peranan pusat sumber perlu dikembangkan dengan sewajarnya mengikut situasi dan keperluan persekitaran masyarakat setempat.

    rism2

    “Pusat Sumber 2 Hospital USM yang dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak dan peneman sentiasa menjadi tumpuan untuk merehatkan minda buat sementara waktu selepas menjalani rawatan dalam sesuatu tempoh tertentu semasa berada di hospital ini.

    “Projek penambahbaikan Pusat Sumber 2 juga telah memberi nilai tambah kepada Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang telah dilancarkan pada tahun lalu,” jelasnya lagi.

    Menurut Wan Mohd Suyuti, projek ini amatlah bermakna dan meninggalkan kesan dalam hati setiap orang yang mengunjungi Pusat Sumber 2 ini kerana suasana yang baharu dan persekitaran yang ceria dapat menggembirakan hati kanak-kanak yang sedang menerima rawatan dan dapat meringankan bebanan perasaan peneman mereka.

    rism3

    “USM berharap agar kemudahan di Pusat Sumber 2 ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk mengekalkannya serta menambahbaik dari masa ke semasa.

    “USM juga sentiasa mengalu-alukan tanggungjawab sosial korporat daripada badan-badan amal untuk sama-sama membantu mempertingkatkan taraf infostruktur dan infrastruktur masyarakat yang memerlukan,” ujarnya lagi.

    Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4000836