header text

header text

Persaraan Pengarah Hospital

  • MAJLIS AMANAT PERSARAAN PENGARAH HOSPITAL USM

    KUBANG KERIAN , 12 JANUARI –“Sejambak kasih sekalung budi, terukir memori kekal abadi” itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang telah tamat perkhidmatan sebagai anggota perkhidmatan awam pada 13 Januari 2016 setelah berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia USM (USM) selama 33 tahun.

    IMG 9180

    Majlis Amanat Persaraan Pengarah HUSM bersama warga staf diadakan bersempena persaraan Pengarah HUSM dari perkhidmatan beliau di samping memberi ucapan yang terakhir kepada semua pegawai dan kakitangan HUSM dalam merealisasikan hasrat beliau pada masa hadapan.

    Menurut Timbalan Pengarah Farmasi merangkap Pengerusi Majis Amanat Persaraan Pengarah HUSM, Noor Aini Abu Samah berkata, kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Pengarah HUSM.

    “Sesungguhnya, pemergian beliau ini memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dirasai sekarang ini. Berat sungguh bagi untuk melepaskan pergi pemimpin ini”, ujarnya lagi

    IMG 9164

    Tambah Noor Aini, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah banyak melaksanakan perubahan terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan HUSM. Pelbagai pengiktirafan telah dicapai oleh HUSM seperti “Hospital Rakan Bayi”, “MS ISO 9001: 2008” dan “Hospital Mesra Ibadah”.

    IMG 9114

    Sementara itu, Pengarah HUSM, Dato’ Dr Zaidun Kamari dalam ucapannya, memberikan penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat terhadap penganjuran majlis ini. Saya turut menyatakan kepuasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan selama ini dan menyarankan agar semua staf yang memberi komitmen yang tinggi terhadap tugas masing – masing.

    IMG 9226

    “Staf Hospital USM amat cermelang, 90% staf menunjukkan kesungguhan melaksanakan tugas, hanya 10% staf sahaja yang perlu dipupuk dan diberi semangat bekerja,” katanya.

    Mengakhiri ucapan beliau memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang masa pentadbiran beliau dan berharap penganti beliau nanti akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin, malah lebih baik dari beliau.

    IMG 9261

    Turut hadir di majlis tersebutPRO Canselor USM, Tan Sri Mustafa Mansor, Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan, Haji Wan Mohd Suyuti Wan Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Farmasi, Haji Zainol Abidin Hamid dan Timbalan Pengarah Kanan Klinikal, Dr Nik Min Ahmad serta ketua-ketua jabatan.

    Teks/Foto       : Abdul Aziz Latif/Mohd Asrar Mohd Rokeman

     

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4000868