Orang Asli

  • PADU PRIHATIN NASIB ORANG ASLI

    gm4

    KUBANG KERIAN KELANTAN, 21 Mac 2016 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU USM) dengan kerjasama St. John Ambulance Kelantan telah mengadakan program khidmat masyarakat di Post Pasik, Gua Musang selama dua hari berjaya menarik kehadiran lebih 300 Orang Asli pada program tersebut.

    Program ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada staf Unit Kecemasan dan Trauma (A&E), Pegawai Pergigian serta Pegawai Oftalmologi daripada USM Kampus Kesihatan.

    Menurut, Pengarah Program yang juga Pensyarah Perubatan A&E Hospital USM, Dr Sheikh Farid Abdul Wahad tujuan program khidmat masyarakat ini adalah untuk membantu penduduk Orang Asli bukan sahaja dari segi bantuan perubatan malah turut memberi sumbangan berbentuk pakaian dan kelengkapan diri.

    gm1

    “Usahaini juga untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan diri, terutamanya melibatkan penjagaan gigi kanak-kanak dan penglihatan warga tua.

    “Selain itu, kita juga turut menyediakan alat kelengkapan diri untuk mengubah cara cara hidup mereka agar lebih teratur seperti masyarakat biasa,” katanya.

    Tambah Farid lagi, program ini adalah bersifat ‘Kita Memberi’ tanpa mengharapkan sebarang balasan dan habuan tetapi sebagai tanggungjawab sosial warga USM kepada masyarakat terutamanya mereka yang berada jauh di pedalaman.

    Sementara itu, Guru Cemerlang Sekolah Sri Permai, Rosli Abdul Rahim menyambut baik kedatangan pihak USM ke Post Pasik untuk bersama-sama membantu Orang Asli mendapatkan rawatan dan sumbangan.

    gm2

    “Saya amat bersyukur, program yang dilaksanakan ini dapat membantu penduduk Orang Asli untuk mendapatkan rawatan dan bantuan asas lain seperti beras ,selipar, baju dan berus gigi, ini kerana untuk mendapatkan barang asas agak sukar dalam kawasan pedalaman sebegini,” katanya.

    Manakala, Penghulu Kampung Sri Permai, Meor Ada, melahirkan rasa terima kasih dan menyifatkan program ini bermanfaat kepada penduduk Orang Asli.

    “Saya berharap lebih banyak lagi program kemasyarakatan dapat dilakukan untuk membantu kami kerana dengan keprihatinan pihak USM sedikit sebanyak meringankan beban penduduk terutamanya untuk mendapatkan rawatan kesihatan kerana faktor jarak yang jauh daripada hospital,” ujarnya.

    gm3

    Bagi Atip Malik pula berkata," apabila mengetahui daripada tok batin ada pihak Hospital USM yang akan berada di kampung kami, saya tidak sabar-sabar untuk bertemu doktor bagi memeriksa mata saya yang mempunyai masalah penglihatan, saya juga pernah ke Hospital USM untuk menerima rawatan mata, sebab itu saya suka pasukan Hospital USM kesini", katanya.

    Teks: Siti Nur Zainab & Nor Arina (Pelajar Internship)

    Foto: Wan Ahmad Nizamuddin

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 10 November 2020.
Jumlah Pengunjung
1786614