header text

header text

Mesin Ragiologi DDR

  • JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN HOSPITAL USM TERIMA MESIN RADIOLOGI DDR PERTAMA DI DUNIA

    mesinddr1

    KUBANG KERIAN, 31 Julai 2016 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin x-ray Direct Digital Radiography (DDR) bernilai RM3 juta.

    Ini sejajar dengan taraf Hospital Pengajar Universiti (HPU) Hospital USM menjadi Hospital rujukan utama di Wilayah Timur untuk menawarkan perkhidmatan perawatan pesakit bertaraf dunia.

    Melalui pembelian dua unit mesin keluaran Syarikat Samsung model GC85A termasuk satu unit varian Transbay DDR yang pertama dikeluarkan syarikat elekronik itu di dunia menjadikan Hospital USM sebagai perintis dalam kemajuan teknologi Radiografi untuk perawatan pesakit.

    Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed berkata, mesin Transbay DDR ditempatkan di Kawasan Resusitasi manakala unit DDR biasa digunakan di bilik x-ray, kedua-duanya di Pusat Trauma Hospital USM.

    Mafauzy juga berkata, mesin automatik itu menggunakan teknologi digital sepenuhnya dalam proses perawatan pesakit kritikal tanpa perlu ke pusat x-ray Jabatan Radiologi untuk menjalani prosedur x-ray.

    Katanya lagi, dengan adanya kemudahan teknologi Transbay DDR pula pihaknya dapat merawat dua pesakit dalam masa yang sama sekaligus meningkatkan kecekapan pakar menyelamatkan nyawa pesakit kerana Pusat Trauma Hospital USM menerima kira-kira 200 pesakit termasuk tiga hingga lima pesakit trauma kritikal setiap hari yang memerlukan rawatan segera.

    mesinddr2

    "Selain itu, juru x-ray juga telah diberi latihan khusus bagi pengendalian mesin daripada pihak Samsung. Selain itu juga pihak Samsung memberikan komitmen dengan menyediakan perkhidmatan pakar dari Korea sekiranya ada kerosakan untuk dibaiki serta-merta," katanya.

    "Penggunaan mesin berkenaan seiring dengan moto USM iaitu 'Kami Memimpin' yang menunjukkan Hospital USM komited menjadi perintis kepada hospital dan institusi perubatan lain dalam penggunaan teknologi terkini bagi merawat pelbagai penyakit dan memberi khidmat terbaik bagi menyelamatkan nyawa pesakit," jelas Mafauzy.

    "Kita jangka dengan adanya penggunaan mesin ini  dapat menjimatkan antara 15 hingga 30 minit masa bagi merawat pesakit kerana dalam proses rawatan, masa seminit pun sangat penting bagi menyelamatkan nyawa pesakit," katanya  dalam Majlis Perasmian Mesin DDR di Auditorium Hospital USM.

    Yang turut hadir ialah Ketua Jabatan Pusat Trauma Dan Kecemasan USM Profesor Madya Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Ketua Jabatan Radiologi USM Prof. Madya Dr. Shafie Abdullah dan Pengarah Urusan Samsung Health Care, Alan Tan.

    Teks/Foto: Mohamad Iqmal Mathlan

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005732