BACHOK, 26 Februari 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bachok menganjurkan satu Program Hari Kesihatan bersama penduduk Kampung Pantai Senok.
Program ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih peka kepada penjagaan kesihatan. Pendedahan penjagaan kesihatan kepada masyarakat kampung sangat penting untuk mengekalkan kehidupan yang lebih sihat.
Program yang dijalankan adalah melibatkan pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan berkaitan dengan denggi, pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Selain itu, turut menyediakan khidmat kaunseling bersama-sama doktor.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nik Rosmawati Nik Husain menyatakan, “Sebanyak 50 peratus penyakit disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak selamat antaranya makanan di simpan empat Jam dalam suhu bilik, memasak bahan mentah lebihan hari sebelum dan penyimpanan makanan secara tidak betul”.
Program Hari Kesihatan ini mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk sekitar dengan kehadiran 250 orang pengunjung. Dengan harapan program ini dapat memberi manfaat kepada penduduk dalam penjagaan kesihatan harian.
Teks: Siti Nur Zainab, W. Nurul Azreen, & Normimi Shahira (Pelajar Internship)