header text

header text

Bayi TGA Berjaya Dibedah

  • BAYI TGA PERTAMA BERJAYA DIBEDAH DI HOSPITAL USM

    KUBANG KERIAN KELANTAN, 25 Mac 2016 – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang disahkan menghidap penyakit jantung selamat menjalani pembedahan ‘Transposition of the Great Arteries’ (TGA) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) baru-baru ini.

    Bayi lelaki berkenaan, Aqil Asfar Khairul Izwan, dikesan menghidap penyakit jantung yang dikategorikan kes TGA apabila kedudukan arteri besar iaitu aorta terkeluar dari ventrikel kanan dan arteri pulmonari terkeluar dari ventrikel kiri ketika berusia 18 hari.

    bedah4

    Menurut ibunya, Hafizal Irda Mohd Sapie, 35, bayinya itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 2 Mac 2016 sebelum dirujuk kepada doctor pakar di Hospital USM kerana mengalami simptom yang berulang.

    “Saya mengambil keputusan untuk membawa bayi saya ke hospital kerana  risau apabila dia mengalami simptom tidak dapat tidur malam, bernafas laju, dan tidak mahu menyusu seperti biasa.

    “Selepas mendapat rawatan di HSNZ, doktor memaklumkan bahawa bayi saya perlu dibedah segera dan pembedahan bagi kes TGA hanya dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Serdang sahaja,” jelasnya.

    Hafizal berkata, satu keajaiban baginya apabila dia mendapat panggilan telefon dari hospital USM memberitahu bayinya terpilih untuk menjalani pembedahan dalam masa terdekat oleh pakar jantung kanak-kanak dari United Kingdom di Hospital USM.

    “Pada awalnya saya berasa kurang yakin tentang pembedahan ini kerana telah diberitahu hanya IJN dan Hospital Serdang sahaja yang boleh menjalankan pembedahan bagi kes-kes seperti anak saya.

    “Namun, memikirkan senarai menunggu bagi kes yang sama di IJN yang agak ramai, saya kemudiannya bersetuju untuk membawa bayi saya ke Hospital USM bagi menjalani pembedahan tersebut,” ujarnya lagi.

    Pembedahan TGA berjaya dijalankan selepas Hospital USM menerima kepakaran sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak yang dibiayai sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan badan amal ‘Healing Little Heart’ (HLH) bagi melakukan pembedahan terhadap pesakit yang memerlukan.

    Badan amal ini menghantar sepasukan doktor pakar untuk menyumbang kepakaran mereka dalam memberi perkhidmatan pembedahan Kardiotorasik Pediatrik kepada pesakit jantung kanak-kanak yang dirujuk ke Hospital USM selain memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pasukan perubatan Hospital USM.

    Teks/Foto : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel, Nuradlin Syafini Nawi (Pelajar Intership UiTM) dan Wan Nurul Azreen Wan Abdul Aziz (Pelajar Internship UUM)

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 22 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3810655