150 PESAKIT HOSPITAL USM TERIMA ZAKAT YAYASAN UEM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Disember 2020 – Seramai 150 orang pesakit asnaf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan zakat daripada Yayasan UEM bagi meringankan beban kos sara hidup akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

2279ddce da11 4427 868d 0f3592f08b5b

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad, sumbangan ini merupakan salah satu objektif Hospital USM yang sentiasa mengambil berat tentang pesakit terutama golongan B40 dan asnaf.

“Memandangkan negara kita dan seluruh dunia sedang dilanda wabak COVID-19, saya pasti keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi serta proses kita menjalani kehidupan seharian.

84e976fc d589 4cb4 8248 0655ccaa4b03

“Walau bagaimanapun, Hospital USM sedaya upaya berusaha mencari dan mendapatkan penyumbang bagi membantu mereka yang terkesan terutamanya para pesakit dari Negeri Kelantan selain sentiasa berusaha dalam meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan terbaik selaras dengan Misi Hospital USM,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Bantuan Projek Prihatin Pesakit 2020 : Kerjasama Antara Hospital USM dan Yayasan UEM.

Tambah Nik Min, bagi pihak Hospital USM beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan UEM yang sentiasa komited dalam menghulurkan sumbangan untuk pesakit asnaf di Hospital USM.

“Sebanyak RM30,000 diperuntukan bagi sumbangan kali ini dan diagihkan dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan harian.

a55a5589 5e89 45f8 868d 862f4932ac46

“Mengambil kira situasi semasa COVID-19, Hospital USM hanya menjemput sepuluh orang penerima untuk menerima sumbangan dalam majlis hari ini manakala selebihnya akan menerima sumbangan secara berjadual bermula 29 hingga 31 Disember ini,” jelasnya lanjut.

Nik Min berharap agar sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat menampung dan memenuhi keperluan para pesakit yang menerimanya selain turut mengharapkan agar lebih ramai lagi penyumbang sudi tampil berkongsi rezeki dengan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital USM.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman.

Koleksi Berita Utama
31 Disember 2020

Pengiktirafan

Logo 1 StandardsLogo 3 UKASLogo 4 IQnetLogo 2 ilac MRA            rakanbayi mesraibadah

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 11 April 2021.
Jumlah Pengunjung
2055468