BOLA SEPAK PERKUKUH KERJASAMA LEBIH ERAT ANTARA AGENSI KERAJAAN DI KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 31 Oktober 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir seterusnya dinobatkan sebagai Naib Juara dengan agregat 1-2 selepas tewas kepada pasukan Kesedar Gua Musang dalam aksi Kejohanan Bola Sepak Antara Agensi Kerajaan Peringkat Negeri Kelantan 2020 (BAK20) di Stadium Sultan Mohammad ke-IV hari ini.

SAVE 20201031 212515

Kejohanan yang disertai oleh 15 pasukan dari seluruh negeri Kelantan itu bermula pada Febuari lalu di mana Juara merangkul wang tunai RM 3,000 dan Naib Juara RM1,500 terpaksa ditangguhkan selama tujuh bulan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein berkata, perlawanan bola sepak ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara staf USM dan agensi kerajaan lain di Kelantan selain merapatkan ukhwah melalui acara sukan dan bukan mencari pemenang semata-mata.

SAVE 20201031 212506

"Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan di mana USM amat menyokong program-program sebegini tidak kira dalam apa jua bentuk aktiviti malah USM juga terkenal dengan slogan USMFIT yang sering diwar-warkan oleh staf dan pelajar.

"Saya juga sangat berpuas hati dan mengucapkan tahniah kerana penganjur amat menitikberat tentang 'Standard Operating Procedure' (SOP) sepanjang kejohanan berlangsung," katanya yang ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

SAVE 20201031 212526

Tambah Adam, beliau berharap program sebegini berterusan bagi membantu mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan staf untuk diketengahkan menerusi pelbagai acara sukan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Pengurus Besar KESEDAR Negeri Kelantan, Iskandar Zulkarnain Ibrahim, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) Negeri Kelantan, DSP Ab. Aziz Che Embong, Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Kampus Kesihatan USM, Noordini Ghazali dan Presiden Kelab Bola Sepak USM Kampus Kesihatan, Nik Mohamed Ikram Nik Mahamud.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 10 November 2020.
Jumlah Pengunjung
1786621