KOMITED CURAH BAKTI, APC PENUTUP BUKU PERKHIDMATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Oktober 2020 – Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) buat kali pertama setelah 25 tahun berkhidmat menzahirkan rasa syukur dan gembira tatkala diberi anugerah itu walaupun telah bersara pada bulan Mei yang lalu.

Beliau yang juga mantan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Ustaz Mohd Suhaimi Mustafa telah memulakan khidmat pada tahun 1995 di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kampus Kesihatan mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memilih beliau sebagai salah seorang penerima APC bagi tahun 2019.

a034f149 c1cf 4b1a ad3b 4d7b61092df8

Suhaimi turut berkongsi pengalaman ketika memulakan tugas sebagai ustaz pertama di Kampus Kesihatan pada masa itu seterusnya dilantik sebagai peneraju Unit Hal Ehwal Islam sebelum unit tersebut dinaik taraf menjadi Pusat Islam Kampus Kesihatan pada tahun 2003. 

“Saya amat berbangga kerana menjadi staf perintis Unit Hal Ehwal Agama Islam dan salah seorang yang bertanggungjawab di atas merealisasikan pembinaan Masjid Kampus Kesihatan serta mewujudkan perjawatan di Unit Hal Ehwal Islam.

0041d1e6 e441 47af 97e3 5db7cd9ecd1a

“Kepada generasi baharu yang masih dalam perkhidmatan, rebutlah peluang untuk terus menabur bakti dan jangan malu untuk menimba ilmu serta manfaatkan apa yang disediakan oleh Pusat Islam sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima APC yang ditemui dalam majlis tersebut, Mantan Penyelaras Pasukan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan, Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Ir Norazman Mahamod turut menzahirkan rasa syukur dan menghargai peluang menerima APC buat kali ke lima sebagai penutup buku perkhidmatan beliau di USM. Beliau yang mula berkhidmat di Jabatan Pembangunan pada tahun1983, bersara wajib pada 19 Julai yang lalu.

fa009f6d f491 4804 a4fa bf196d239a8e

“Sepanjang 37 tahun berkhidmat di USM,  saya bertanggungjawab merancang dan memantau pembinaan infrastruktur bagi memastikan ianya siap untuk dimanfaatkan oleh pengguna. Antara bangunan yang  paling menarik hati saya adalah bangunan Nuklear yang dibina pada tahun 1994 selepas pembinaan asalnya tergendala. Alhamdulillah bangunan ini merupakan satu-satunya yang menyediakan rawatan Nuklear di Pantai Timur,” jelasnya.

Norazman turut berpesan kepada generasi baharu supaya menjaga nama baik USM dan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat seterusnya menjulang nama USM di persada antarabangsa.

bf49d31f 943d 4357 b66a 74609fd941a0

Mereka berdua merupakan antara 169 orang penerima APC yang disampaikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dan masing-masing menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional berjumlah RM1,000 dan sijil penghargaan.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 10 November 2020.
Jumlah Pengunjung
1786602