USM TERIMA SIJIL PENGESAHAN HALAL MAKANAN UNTUK PESAKIT HOSPITAL

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 September 2020 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tempoh dua tahun bermula 16 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2022.

SAVE 20200922 114737

Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital USM, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani berkata, pengesahan itu memberi jaminan kepada pengguna muslim bahawa makanan yang dihidangkan di Hospital USM adalah dari sumber yang halal.

“Kami mula menghantar permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal pada 31 Mac lalu secara atas talian dan pada 18 Jun 2020, kami menerima maklum balas bahawa permohonan sedang diproses. Pada 17 Julai 2020, UPD telah diaudit oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan menerima Sijil Pengesahan Halal secara rasmi pada 14 September lalu.

SAVE 20200922 114619

“Dengan ini, pesakit tidak perlu ragu-ragu berkenaan penyediaan makanan dari UPD kerana bahan mentah dan ramuan yang digunakan adalah halal,” ujarnya semasa ditemubual.

Tambah Wan Rimei, pengiktirafan halal yang diberikan JAKIM ini bukan hanya sekadar sijil dan logo halal sahaja malah ia turut memberi jaminan bahawa makanan yang disediakan di sesebuah premis itu adalah halal, baik dan bersih.

SAVE 20200922 114746

“Saya sangat berterima kasih kepada pasukan petugas Pensijilan Halal Hospital USM yang bertungkus-lumus memastikan permohonan buat pertama kali ini berjalan lancar dan berjaya diperoleh.

“Saya juga berharap agar UPD akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit dan pelanggan serta dapat mengekalkan status Pensijilan Halal pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Menurut Wan Rimei, Sijil Pengesahan Halal ini juga merupakan pelengkap untuk Hospital USM mendapatkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Patuh Syariah.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 10 November 2020.
Jumlah Pengunjung
1786561