HOSPITAL USM SEDIAKAN KHIDMAT ‘SWAB TEST COVID-19’

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Julai 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) kini menyediakan khidmat ujian saringan atau ‘swab test’ COVID-19 kepada mana-mana agensi, syarikat korporat atau orang perseorangan yang berhasrat untuk mengesan serta mengesahkan sama ada mereka dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya.

b

Menurut Penyelaras Klinik Rawatan Keluarga (KRK) dan Klinik Saringan Infeksi (SRI), Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Nur Suhaila Idris, ujian saringan COVID-19 oleh Klinik SRI-KRK Hospital USM mula beroperasi pada 12 April lalu.

“Kakitangan Klinik SRI-KRK terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

m

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan setiap pekerja terutama dalam sektor pembinaan, industri minyak dan lain-lain perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan hanya mereka yang tidak bergejala dan keputusan ujian negatif sahaja boleh kembali ke tempat kerja. Berikutan pengumuman tersebut, Hospital USM mengambil inisiatif menawarkan khidmat ujian saringan kepada mana-mana agensi atau syarikat yang telah mula beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak ini,” ujarnya.

n

Sementara itu, menurut Penyelaras Unit Pembangunan Korporat (UPK) Hospital USM, Profesor Madya Dato’ Dr Abdul Rahman Izaini Ghani, sampel yang diambil melalui ujian saringan ini akan diproses di Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Hospital USM yang mempunyai fasiliti setanding Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan dipilih dalam kalangan sepuluh makmal kendalian universiti awam di Malaysia untuk menjalankan ujian pengesahan COVID-19 di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mana-mana agensi yang berminat untuk mendapatkan khidmat ujian saringan COVID-19 boleh menghubungi UPK di talian 097674052 untuk tempahan slot dan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan,” jelasnya.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 10 November 2020.
Jumlah Pengunjung
1786626