header text

header text

‘RETAINER’ BANTU KEKALKAN KEDUDUKAN GIGI SELEPAS RAWATAN ‘BRACES’

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 April 2023 – ‘Retainer’ merupakan satu alat rawatan gigi yang diberikan kepada pesakit yang telah melakukan rawatan ‘braces’ bagi menstabilkan kedudukan gigi.

Ia tidak mempunyai daya tekanan yang kuat seperti pemasangan ‘braces’ tetapi berfungsi mengekalkan gigi seperti susunan yang dikehendaki.

WhatsApp Image 2023 04 15 at 14.10.58

Pensyarah Pergigian, Unit Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Liyana Ghazali berkata, ‘retainer’ gigi juga dikenali sebagai penahan gigi dan juga rawatan susulan selepas pemakaian pendakap gigi (braces).

"Selepas memakai 'braces' dalam tempoh yang ditetapkan, doktor gigi akan membuka ‘braces’ untuk mengambil acuan gigi bagi membuat ‘retainer’.

“Kebiasaannya, selepas ‘braces’ dibuka gigi akan sentiasa cuba bergerak ke posisi asal kerana gigi yang telah dirawat menggunakan ‘braces’ tidak stabil sepenuhnya dalam kedudukan baharu.

“Pergerakan gigi ini dikenali sebagai ‘relapse’ yang mengambil masa kira-kira setahun untuk ligamen ‘periodontal’ memejal ke posisi baharu setelah ‘braces’ ditanggalkan dan bagi mengekalkan kedudukan tersebut, pesakit perlu memakai ‘retainer’,” katanya ketika ditemubual dalam segmen Sembang Sihat di Kelantan FM.

Tambah Liyana, pemakaian ‘retainer’ perlu dilakukan mengikut preskripsi teknik dan durasi masa yang diberikan oleh doktor gigi ataupun pakar Ortodontik.

"Selain itu, ‘retainer’ juga perlu dibersihkan bagi memastikan kelangsungan jangka hayat dan fungsi alat tersebut.

“Alat ini mempunyai dua (2) jenis iaitu ‘permanent retainer’ yang dipasang secara kekal mengikut bentuk dan struktur gigi dan ‘removable retainer’ iaitu 'retainer' boleh tanggal dan jenis ini sangat digemari ramai kerana ia boleh dicabut untuk dibersihkan dan dipakai pada bila-bila masa.

“Pesakit digalakkan untuk memakai ‘retainer’ selama 24 jam sehari untuk beberapa bulan terawal selepas ‘braces’ dibuka kecuali semasa makan, minum atau gosok gigi dan selepas beberapa bulan penggunaan 'retainer', pemakaiannya boleh dikurangkan kepada sebelah malam sahaja,” katanya lagi.

Liyana berkata, bagi ‘retainer' jenis ‘removable’, kebarangkalian untuk pecah adalah tinggi berbanding yang kekal sekiranya ‘retainer' tersebut tidak dijaga dengan elok.

“Jika tidak membersihkan ‘retainer’ dengan betul, pemakai cenderung mendapat karang gigi, karies gigi serta masalah gusi akibat jangkitan kuman dan kemungkinan perlu berjumpa doktor untuk rawatan segera.

“Sekiranya pesakit tidak mengikut jadual pemakaian yang betul atau melangkau masa pemakaian dalam jangka masa yang lama, hal ini akan mengakibatkan gigi beralih ke tempat asal,” jelasnya lanjut.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Reka Grafik : Ahmad Fansuri Salleh

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005800