header text

header text

PPP PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG SENTIASA BERSEDIA BERKHIDMAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mac 2023 – Penolong Pegawai Perubatan (PPP) merupakan antara profesion terawal dalam bidang kesihatan di Malaysia yang wujud lebih daripada 230 tahun dahulu. Terdapat profesion yang hampir sama dengan PPP di luar negara seperti Pembantu Doktor di Amerika Syarikat, ‘Barefoot Doctor’ di Australia, Kanada, Rusia, China serta di beberapa buah negara membangun seperti Filipina.

IMG 20230312 WA0039

Menurut Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, PPP adalah antara pasukan barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan perawatan, malah sumbangan mereka juga amat terserlah sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda.
 
“Selain daripada tugasan hakiki, kumpulan PPP ini walaupun jumlahnya kecil tetapi mereka banyak membantu Pegawai Perubatan yang mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri di tempat baharu.
 
IMG 20230312 WA0036
 
“Bermula daripada enam (6) orang PPP ketika Hospital USM mula dibuka dan kini Hospital USM mempunyai 86 orang PPP yang bertugas dalam bidang klinikal dan teknikal perubatan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2023 Peringkat Hospital USM di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini.
 
Nik Hisamuddin berkata, tanpa khidmat PPP, Jururawat juga sukar untuk melakukan sesuatu tugas bagi tugas-tugas tertentu malah kesukaran tersebut turut dirasai Ketua-ketua Jabatan kerana kemahiran dalam bidang mereka amat diperlukan.
 
IMG 20230312 WA0038
 
“Peredaran zaman telah banyak mengubah skop kerja PPP, jika dahulu mereka hanya memberi ubat kepada pesakit tetapi kini mereka turut terlibat melakukan prosedur dalam bilik bedah seiring dengan Pegawai Perubatan.
 
“Saya juga ingin menyarankan agar PPP menyahut cabaran saya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi memperkasakan ilmu bukan hanya melunaskan tanggungjawab berdasarkan diskripsi tugas semata-mata,” katanya lagi.
 
IMG 20230312 WA0037
 
Nik Hisamuddin turut berharap agar semua PPP di Hospital USM terus bersama-sama petugas barisan hadapan yang lain menyumbang bakti dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik di Hospital USM serta yakin bahawa profesion PPP akan terus berkembang bagi memenuhi aspirasi seperti yang diharapkan. 
 
Sambutan Hari Pembantu Perubatan disambut pada setiap 10 Mac setiap tahun bagi meraikan PPP di seluruh negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Bakti Mulia: Profesion Diperkasa, Masyarakat Sejahtera".
 
IMG 20230312 WA0035
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua PPP Negeri Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Basir Hj Ahmad dan Ketua Perkhidmatan PPP, Hospital USM, Mohamad Nazri Mustapa. 
 
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood
 

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005697