header text

header text

WADAH PERKONGSIAN ILMU: KARYA ILMIAH PAKAR BIDANG ANTARA KPI BAHARU HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2023 - Kepelbagaian bidang kepakaran yang ada di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dimanfaat bagi memastikan pemindahan ilmu berterusan kepada masyarakat.

IMG 20230302 WA0025

Sejajar dengan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan, Hospital USM turut memainkan peranan sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dalam  menyebarluas maklumat.  
 
Sebagai salah satu usaha 'Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan', Hospital USM mengambil inisiatif mengadakan bengkel penulisan buku ilmiah memandangkan penulisan merupakan salah satu wadah perkongsian informasi serta pemindahan ilmu antara institusi pendidikan tinggi dan masyarakat. 
 
IMG 20230302 WA0022
 
Timbalan Pendaftar Kanan, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff berkata, bengkel penulisan ini diadakan untuk melatih kakitangan hospital yang berminat menulis buku berdasarkan bidang kepakaran serta perkhidmatan yang ditawarkan. 
 
"Bengkel ini adalah susulan daripada hasrat pengurusan Hospital USM untuk memberi galakan kepada semua warga hospital terlibat dalam aktiviti penulisan, sama ada penulisan berdasarkan bidang kepakaran atau umum. 
 
IMG 20230302 WA0023
 
"Ia juga akan dijadikan sebagai 'Key Performance Indicator' (KPI) Hospital USM yang menyokong pengiktirafan USM sebagai Universiti Penyelidikan (Research University- RU) dan 'Malaysia Research Assessment' (MyRA)", katanya.
 
Berobjektifkan menterjemah bakat dan potensi diri dalam penulisan, peserta diberi pendedahan berkenaan konsep, teknik dan tatacara penulisan sama ada penulisan buku, buletin, majalah dan lain-lain karya. 
 
IMG 20230302 WA0024
 
IMG 20230302 WA0020
 
Saberi yang juga Pengerusi Penganjur bengkel tersebut berharap agar bengkel yang diadakan itu dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan warga Hospital USM.
 
"Kita bertuah kerana manuskrip yang dihasilkan boleh dihantar kepada Penerbit USM untuk memohon kelayakan diterbitkan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan", ujar beliau lagi.
 
IMG 20230302 WA0021
 
Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari bermula semalam dihadiri kira-kira 40 orang peserta itu dikelolai oleh penceramah dari Pusat Penerbit USM iaitu 'Editor-in-Chief', Bahagian Penerbitan Popular, Dr. Nazrul Hassan serta dua (2) Pegawai Penerbitan Kanan, Bahagian Perolehan dan Bahagian Editorial, Nur Naimah Jaafar dan Noor Sheela Suratman.  
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Nazri Mat Zain

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 07 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3789968