FAHAMI PREDIABETES ELAK RISIKO PENYAKIT LEBIH KRONIK

KOTA BHARU, KELANTAN, 30 Oktober 2022 - Prediabetes adalah satu keadaan di mana gula dalam darah seseorang melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes.

Ini merupakan peringkat awal bagi pesakit yang memungkinkan mereka mendapat penyakit diabetes. Dalam tempoh ini, badan seseorang penghidap prediabetes telah mengalami proses metabolik yang tidak normal sehingga boleh menyebabkan komplikasi yang sama dengan diabetes secara tidak sedar.

3a38d172 c6e0 4682 b722 348cae21353e

Berdasarkan laporan, kira-kira lima (5) hingga sepuluh peratus (%) populasi prediabetes didiagnos diabetes setiap tahun dan sebanyak 70% pesakit prediabetes yang tidak mendapat rawatan akan mendapat penyakit diabetes sekaligus menyumbang kepada peratusan ketinggian prevalen di Malaysia.

Menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Suhaila Mohd Yusoff, pengesanan awal adalah kaedah terbaik pada peringkat permulaan diabetes.

“Prediabetes tidak memberikan sebarang gejala kepada penghidapnya dan hanya kaedah saringan sahaja mampu untuk mengetahui seseorang itu berada dalam fasa prediabetes.

“Pengesanan prediabetes boleh dilakukan melalui ujian saringan toleransi gula, ujian minum air gula, ujian purata gula tiga bulan atau HbA1c yang mana hasil bacaan ujian tersebut dapat disimpulkan sama ada terdapat prediabetes atau tidak.

“Walau bagaimanapun, untuk peringkat saringan, orang ramai boleh melakukan ujian kapilari darah dengan menggunakan bacaan glucomet dan sekiranya bacaan glucometer kapilari puasa melebihi daripada 5.6 mmol/L, atau darah kapilari rawak iaitu darah tidak dalam keadaan puasa melebihi 7.8 mmol/L, pesakit itu disarankan untuk mengambil darah vena,” katanya ketika sesi temubual dalam Rancangan Sembang Sihat bersama Kelantan FM.

Tambah Siti Suhaila, prediabetes tidak menunjukkan sebarang gejala tetapi perlu diingat mereka yang mempunyai faktor tertentu berisiko mendapat penyakit ini.

“Golongan yang berisiko kebiasaannya mengalami masalah berat badan berlebihan, sejarah keluarga menghidap diabetes, darah tinggi dan kolestrol.

"Selain itu, wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika mengandung dan melahirkan anak yang besar melebihi empat (4) kilogram juga berisiko untuk mendapat prediabetes.

“Bermula umur 30 tahun, orang ramai dinasihatkan membuat saringan sekali setahun tetapi bagi mereka yang mempunyai faktor risiko, mereka perlu menjalani ujian saringan lebih awal,” katanya lagi.

Jelas beliau, implikasi prediabetes adalah sama seperti diabetes.

"Mereka juga berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) serta mengalami komplikasi pada mata, saraf dan buah pinggang.

“Selain itu, kos rawatan juga dapat dikurangkan sekiranya pengesanan prediabetes dan intervensi dilakukan pada peringkat awal,” jelasnya.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Reka Grafik: Ahmad Fansuri Salleh

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 30 November 2022.
Jumlah Pengunjung
3484521