header text

header text

KOLABORASI USM - MERICAN FOKUS PENJAGAAN KESIHATAN MASYARAKAT

KOTA BHARU, KELANTAN,  15 Oktober 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) kembali aktif melaksanakan Program Libatsama Komuniti USM - Merican sementara pasukan petugas komited turun ke pelbagai lokasi di serata negeri Kelantan bagi memberi perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti. 

Pengasas Yayasan Merican, Dato' Dr. Mahmood Osman Merican berkata, kolaborasi bersama USM menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sejak tahun 2018 ini merupakan satu usaha murni membantu masyarakat terutama dalam aspek penjagaan kesihatan. 

SAVE 20221015 200917

SAVE 20221015 200910

"Dengan tajaan dua buah bas yang berfungsi sebagai klinik bergerak Oftalmologi, Otorinolaringologi (ORL-HNS), Rehabilitasi dan Perubatan Keluarga, saya berharap agar lebih ramai masyarakat dapat menerima manfaat dengan adanya perkhidmatan klinik bergerak ini," katanya. 

SAVE 20221015 192846

SAVE 20221015 192906

Tambahnya, beliau yakin dan percaya dengan komitmen serta usaha yang digerakkan oleh pasukan khidmat komuniti USM melalui Program Libatsama Komuniti USM - Merican ini. 

SAVE 20221015 192852

Sementara itu, Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan bagi kemudahan pasukan perawat USM untuk disalurkan semula kepada masyarakat melalui perawatan. 

Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol, hari ini menjadi lokasi pilihan melaksanakan program bersama komuniti di samping menyambut ulang tahun ketiga Program Libatsama Komuniti USM - Merican.  

SAVE 20221015 192859

Pelbagai saringan  kesihatan disediakan seperti pemeriksaan saringan asas kesihatan, pemeriksaan saringan mata, pemeriksaan kesihatan telinga, hidung dan tekak, pemeriksaan saringan pergigian, perkhidmatan perubatan pemulihan serta pameran dan perkhidmatan runding cara Orang Kurang Upaya (OKU). 

Program ini juga turut mendapat sokongan daripada Hospital USM dengan penyertaan pasukan petugas Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). 

SAVE 20221015 192839

Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan hari ini ialah isteri Pengasas Yayasan Merican, Datin Ragayah Mohd Eusoff; Imam Tua Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Ustaz Muhammad Ammar Azlan; Timbalan Dekan, Libatsama Industri , Komuniti dan Pembangunan Merangkap Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM - Merican, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Penyelaras Program Libatsama USM - Merican, Profesor Dr. Aziah Daud. 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 22 Mac 2023.
Jumlah Pengunjung
3810864