APCU PENTAS TERBAIK PAKAR BENTANG PENEMUAN TERBAHARU PERAWATAN PENYAKIT JANTUNG

KOTA BHARU, KELANTAN, 15 Oktober 2022 - Persidangan '13th Asia Pacific Cardiology Update 2022' (APCU) kembali semula setelah dua (2) tahun ditunda ekoran pandemik COVID-19 melanda negara. 

 
Persidangan tahunan anjuran bersama Persatuan Kardiologi Pantai Timur Malaysia (MECCS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama ‘National Heart Association of Malaysia’ (NHAM) kali ini bertemakan ‘Redefining The Future of Cardiology’. 
 
SAVE 20221015 152635
 
APCU merupakan pentas terbaik untuk pakar-pakar jantung dalam dan luar negara membentangkan penemuan terbaharu dalam perawatan penyakit jantung selain untuk berkongsi pengetahuan dalam kalangan petugas kesihatan berkenaan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang kardiologi seluruh dunia. 
 
Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 14 hingga 16 Oktober ini antara lain bertujuan untuk mengemaskini ilmu pengetahuan berkenaan pencegahan dan perawatan penyakit kardiovaskular. 
 
SAVE 20221015 152615
 
Persidangan ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Mohd Azman Yacob. 
 
Mohd Azman dalam ucapannya berkata, penyakit kardiovaskular adalah salah satu pembunuh utama di Malaysia. 
 
SAVE 20221015 152600
 
"Penyakit jantung koronari merupakan penyumbang utama kepada jumlah kematian. 
 
"Pada tahun 2021, jumlah kematian akibat penyakit ini adalah sebanyak 17.0% daripada 109,155 kematian berdaftar dan angka ini meningkat 13.2% berbanding yang dilaporkan pada tahun 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. 
 
SAVE 20221015 152628
 
"Statistik ini tidaklah mengejutkan kerana Malaysia mempunyai peningkatan faktor-faktor risiko kardiovaskular dalam populasi diabetes, hipertensi, dislipidaemia dan merokok," katanya ketika merasmikan persidangan tersebut di Hotel Grand Renai, hari ini. 
 
Tambahnya, semua petugas kesihatan yang terlibat dalam perawatan penyakit kardiovaskular perlu bersedia dengan pengetahuan terkini dan lengkap untuk mengurangkan kadar kematian penyakit kardiovaskular. 
 
SAVE 20221015 152649
 
"Saya mengharapkan agar ilmu yang diperoleh daripada persidangan ini dapat dikongsi dan digunakan oleh semua pengamal kesihatan terutama yang berkhidmat di kawasan luar bandar. 
 
SAVE 20221015 152607
 
"Saya juga menyeru Keluarga Malaysia agar membudayakan gaya hidup sihat seperti mengaktifkan diri dengan bersenam, sentiasa berfikiran positif, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak merokok serta melakukan saringan kesihatan secara berkala," ujarnya. 
 
Mohd Azman turut berharap penganjuran persidangan sebegini dapat menyumbang ke arah mengurangkan kadar kematian penyakit kardiovaskular di Malaysia. 
 
SAVE 20221015 152642
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Norazman Alias; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Mantan Presiden National Heart Association Malaysia (NHAM), Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad; Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Penasihat '13th APCU 2022', Profesor Dato’ Dr. Zurkurnai Yusof dan Pengerusi '13th APCU 2022', Dr. Wan Yus Haniff Wan Isa. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 30 November 2022.
Jumlah Pengunjung
3484376