header text

header text

URAT SIMPUL DI KAKI PENYAKIT BIASA TETAPI BOLEH JEJASKAN KUALITI HIDUP

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 September 2022 – Urat simpul atau vena varikos merupakan penyakit pembuluh darah vena yang kronik (CVD). Seseorang yang mengalami masalah ini biasanya mempunyai urat kaki yang berwarna kebiruan atau ungu gelap serta kelihatan timbul dan berlipat di bawah kulit. 

SAVE 20220915 093854

Menurut Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Surgeri Am dan Vaskular, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Rosnelifaizur Ramely, vena varikos berlaku disebabkan injap vena yang lemah dan rosak serta menyebabkan aliran darah yang sepatutnya kembali ke jantung berbalik arah dan terkumpul di dalam urat. 
 
"Ianya menyebabkan pembuluh darah vena mengembang dan menimbulkan gejala yang disebut sebagai vena varikos. 
 
“Antara penyebab lain terjadinya vena varikos ialah salur vena tersumbat, kompresi vena dari luar, masalah otot serta penyumbatan atau thrombosis salur vena dalam,” ujar beliau ketika sesi temubual dalam rancangan Sembang Sihat di Radio Kelantan FM, di sini.
 
Rosnelifaizur juga mengatakan bahawa penyakit CVD ini boleh menyebabkan kaki sakit, bengkak serta berlaku perubahan warna kulit kaki menjadi lebih gelap atau kehitaman ke tahap serius yang boleh menyebabkan luka terbuka atau ulser yang biasanya berlaku di sekitar buku lali. 
 
"Mereka yang berisiko mendapat penyakit CVD selain dari faktor peningkatan usia, obesiti dan genetik ialah pekerjaan yang memerlukan seseorang itu banyak berdiri seperti penjaja, guru, tukang masak, operator kilang, kru penerbangan, jururawat serta mereka yang memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama. 
 
"Selain itu, wanita hamil juga sering mengalami masalah ini disebabkan peningkatan darah dalam sistem vena dan tekanan bayi di pinggul semasa tempoh mengandung, di samping tekanan tambahan dan berat badan di kawasan terjejas meningkatkan peluang untuk mendapat masalah pembuluh darah vena," katanya lagi. 
 
Rosnelifaizur berkata, rawatan untuk masalah urat simpul sudah berkembang dari semasa ke semasa. 
 
"Antara pilihan rawatan bagi penyakit ini adalah kaunseling, ubat, penggunaan stokin kompresi, pembedahan terbuka dan pembedahan endovaskular. 
 
"Rawatan tanpa pembedahan boleh didapati di mana-mana klinik atau hospital manakala rawatan menerusi kaedah pembedahan pula boleh dilakukan di hospital yang mempunyai Pakar Surgeri Am atau Pakar Vaskular," ulasnya lanjut. 
 
Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood / Reka Grafik: Mohd Asrar Mohd Rokeman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4000866