ANAK MERDEKA: HOSPITAL USM SAMBUT KELAHIRAN 16 BAYI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN,  01 September 2022 – Merdeka! Merdeka! Merdeka!, laungan keramat seluruh Malaysia menyambut kemerdekaan tanahair menjadi pemangkin semangat kepada petugas Wad 1 Berlian dan bakal ibu yang sedang bertarung nyawa menantikan saat bersalin. 

SAVE 20220901 133910

Seramai 16 bayi merdeka selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) ketika negara menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tahun ini. Daripada jumlah itu, sembilan (9) adalah bayi perempuan dan tujuh (7) bayi lelaki yang dilahirkan secara normal dan pembedahan. 
 
Bayi pertama yang dilahirkan pada jam 12.55 pagi merupakan bayi perempuan seberat 3.22 kilogram (kg) dan bayi merdeka terakhir dilahirkan juga seorang bayi perempuan seberat 2.69kg pada jam 11.45 malam. 
 
SAVE 20220901 133932
 
Salah seorang ibu bayi merdeka, Nur Syazren Sabri, 27, tidak menyangka akan melahirkan anak kedua pada Hari Kemerdekaan negara memandangkan beliau dijangka bersalin sehari sebelum Hari Kemerdekaan iaitu pada 30 Ogos 2022. 
 
"Walaupun doktor menjangkakan saya akan bersalin pada 30 Ogos, namun jauh di sudut hati saya mengharapkan bahawa bayi saya dilahirkan pada 31 Ogos. 
 
"Syukur doa saya dimakbulkan Allah dan anugerah ini sangat bermakna buat saya dan keluarga kerana ia lahir pada hari bersejarah negara," katanya yang merupakan ibu kepada bayi pertama yang lahir di Hospital USM pada hari kemerdekaan ke-65. 
 
SAVE 20220901 133939
 
Kegembiraan itu turut dikongsi seorang lagi ibu, Nik Natasyha Zarin Nik Ishak, 32, yang menyambut kelahiran bayi sulungnya pada jam 3.10 pagi. 
 
"Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila anak sulung seberat 2.74 kg dilahirkan pada tarikh sambutan Hari Kemerdekaan negara. Ia memang tidak pernah saya jangka. 
 
"Berdasarkan tarikh jangkaan, saya sepatutnya melahirkan anak pada 5 September, namun perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala-galanya apabila bayi perempuan saya selamat dilahirkan semalam," katanya. 
 
Dalam pada itu, Hospital USM turut menerima kunjungan daripada Co-op Bank Pertama Cawangan Kota Bharu yang berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada bayi merdeka yang lahir di Hospital USM. 
 
Teks: Mohamad Hairol Rasli / Foto: Ihsan Wad 1 Berlian

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 04 Oktober 2022.
Jumlah Pengunjung
3313655