header text

header text

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF DIDIK REMAJA OKU JAGA KESELAMATAN DIRI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 OGOS 2022 – Golongan orang kelainan upaya (OKU) khususnya remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai masalah seksualiti seperti kecenderungan mereka kepada penderaan seksual, risiko eksploitasi seksual dan juga perkembangan tingkah laku seksual yang tidak sesuai. 

SAVE 20220831 234401

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif bagi Remaja Kurang Upaya, berkata, isu seksualogi dan reproduktif dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) agak jarang dibincangkan dan ramai ibu bapa masih kurang jelas dalam isu ini. 

“Pendidikan kesihatan seksual amat penting bagi memastikan ibu bapa dan keluarga tahu mengenai kaedah untuk memberi kefahaman serta mendidik konsep seksual kepada anak-anak istimewa agar mereka boleh menjaga keselamatan diri sendiri," ujarnya. 

Tambah Shaharum, program sebegini juga dapat membantu serta membolehkan semua remaja kurang upaya mendapat pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi berkaitan pendidikan kesihatan seksualiti sebagai usaha memastikan golongan ini berpengetahuan dalam pengurusan seksual dan menjalani kehidupan yang lebih selamat. 

SAVE 20220831 234412

“Masyarakat biasanya beranggapan remaja kurang upaya tidak mempunyai nafsu dan ia bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan seksual atau menggesa nafsu. 

"Hal ini sangat berbahaya bagi remaja kurang upaya dan mereka lebih terdedah kepada penderaan seksual serta mendorong mereka mempunyai tingkah laku seksual yang tidak sesuai,” jelasnya lagi. 

SAVE 20220831 234424

Shaharum berkata, seksualiti adalah topik yang susah dan mempunyai pantang larang serta sukar untuk dibualkan bagi sesetengah masyarakat. 

Namun, remaja kurang upaya juga mempunyai keperluan untuk belajar berkaitan seksualiti dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran kesihatan untuk mengawal tingkah laku serta perbuatan mereka. 

SAVE 20220831 234437

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Timbalan Dekan Libatsama- Industri, Komuniti dan Pembangunan mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Timbalan Pengarah Klinikal merangkap Pengerusi Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Ketua Orang Kelainan Upaya dan Warga Emas Kelantan, Dr. Rusmalaini Aziz dan Pensyarah Perubatan merangkap Pengarah Program Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Bagi Remaja Dengan Masalah Kurang Upaya, Nur Adibah Solihin Sulaiman 

Teks : Wan Salizawati Wan Ismail / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005657