header text

header text

SPPV HOSPITAL USM TAMATKAN PERKHIDMATAN SETELAH LEBIH SETAHUN BEROPERASI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Julai 22 - Setelah lebih setahun beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini merupakan hari terakhir SPPV Hospital USM menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin COVID -19 kepada pesakit, warga Kampus Kesihatan dan masyarakat dalam membendung penularan virus COVID-19. 

SAVE 20220707 193321

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah dirangka oleh Kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat mendapat perlindungan daripada dijangkiti virus COVID-19 ini telah memberi satu pengalaman berharga kepada semua petugas yang terlibat terutamanya pasukan barisan hadapan. 
 
Jerit perih dan segala keringat para petugas sepanjang pengoperasian SPPV Hospital USM bermula 1 Mac 2021 adalah momen indah untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. 
 
SAVE 20220707 193258
 
Menurut Penyelaras SPPV Hospital USM yang juga Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof, hampir 200 orang petugas Hospital USM dan sukarelawan berganding bahu memastikan kelancaran operasi SPPV sepanjang pengoperasiannya bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada penerima vaksin. 
 
"SPPV Hospital USM berjaya memberi perkhidmatan suntikan vaksin melebihi 60,000 dos termasuk dos penggalak bermula 1 Mac 2021 sehingga 7 Julai 2022 melibatkan pesakit, warga kampus, warga emas dan orang awam termasuk kanak - kanak yang berusia lima (5) tahun ke atas. 
 
SAVE 20220707 193313
 
"Pelbagai kejayaan juga ditempa oleh pasukan SPPV Hospital USM dalam menjayakan PICK antaranya menjadi SPPV pertama yang memperkenalkan kaedah pandu - lalu kepada penerima vaksin di Malaysia", ujarnya. 
 
Tambah Imran, pasukan SPPV Hospital USM juga bukan hanya memberi perkhidmatan di pusat pemberian vaksin sahaja, malah turut menjayakan program 'outreach' vaksin bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti menawarkan suntikan vaksin kepada penghuni penjara. 
 
"Saya juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh barisan petugas SPPV yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, para sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), semua pihak yang memberi penajaan makanan dan minuman kepada para petugas serta pihak Pengurusan USM sendiri kerana sentiasa memberi sokongan sepanjang pengoperasian SPPV Hospital USM. 
 
SAVE 20220707 222551
 
"Sebagai salah sebuah institusi awam yang mempunyai fasiliti perawatan terbaik melalui Hospital USM, kami amat menghargai peluang yang diberikan kerajaan untuk menjadikan Hospital USM sebagai salah sebuah pusat pemberian vaskin dalam sama-sama mengharungi detik mencabar menangani pandemik COVID-19," jelasnya lagi. 
 
Imran turut memberitahu bahawa PICK masih lagi diteruskan dan orang awam boleh mendapatkan suntikan vaksin di fasiliti kesihatan KKM terdekat. 
 
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005712