header text

header text

PROGRAM KRIS KPT DAN HOSPITAL USM BERI PENDEDAHAN PENJAGAAN ASAS KESIHATAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI

 

GUA MUSANG, KELANTAN, 12 Jun 2022 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi turun padang menyantuni masyarakat Orang Asli Pos Balar menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) pada 8 hingga 10 Jun lalu.

Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital USM merangkap Pengarah Projek, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab berkata, program itu diadakan bertujuan untuk membangunkan sukarelawan terlatih dalam kalangan Orang Asli berkait ilmu asas pertolongan cemas seperti 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR), mengatasi masalah tercekik makanan, penjagaan asas kesihatan dan balutan luka serta pemerkasaan penjagaan kesihatan oral.

27ccd825 3670 4086 b771 c079c174d5f0

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk menjadikan sebilangan kecil penduduk dari suku kaum Temiar sebagai perawat asas untuk kira-kira 800 masyarakat Orang Asli di pos terbabit ekoran keadaan faktor muka bumi yang berbukit-bukau dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda sahaja untuk keluar masuk yang mana memakan masa perjalanan antara enam hingga lapan jam menyebabkan masyarakat orang asli di sini sukar untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

“Pakar Perubatan Kecemasan akan mengenalpasti sukarelawan yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka pendek di Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital USM yang dijadualkan berlangsung selama tujuh hari pada bulan September nanti,” ujarnya.

c7592281 cd2d 4ff6 83ff 3ef646719d06

Tambah Shaik Farid, kursus di bawah program KRIS 2022-2023 ini diharap dapat membantu masyarakat 10 kampung di Pos Balar sekiranya mengalami kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan khusus tiba.

“Melalui kursus jangka pendek ini, mereka akan diberi pendedahan kepada cara merawat luka, membuat CPR, penjagaan selepas bersalin dan kesihatan oral (pergigian),” katanya lagi.

c8723524 fba9 4954 9272 d3d6524c5a28

Program kali ini disertai oleh 43 orang peserta menggunakan 20 buah kenderaan pacuan empat roda yang terdiri dari Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Pembedahan Pergigian serta pelajar Program Perubatan USM Kampus Kesihatan.

Menurut Shaik Farid, pihaknya kerap masuk perkampungan Orang Asli di Gua Musang sebelum ini melalui misi kemanusiaan tetapi ia tiada kesinambungan kerana mereka sekadar menghantar bekalan ubat, memberi rawatan pemeriksaan percuma serta bantuan makanan.

e2018a47 e84b 4f02 aa6f 12b9064c0d5d

"Kelainan program pada kali ini adalah kami ingin memberi sesuatu yang bersifat kekal kepada masyarakat orang Asli iaitu dengan menyediakan ilmu rawatan dan perubatan asas sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib.

Teks / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005698