header text

header text

PADU SUMBANG ‘NASAL HIGH FLOW SYSTEM’ UNTUK PESAKIT NICU HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mei 2022 – Melihat kepada penggunaan ‘High-Flow Nasal System’ di Unit Rawatan Rapi (ICU) sangat tinggi, Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) mengambil inisiatif menyumbang alat sokongan pernafasan ‘Nasal High Flow System’ kepada Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

Terdahulu PADU juga pernah menyumbangkan peralatan yang sama kepada ICU Surgeri Hospital USM dan beberapa hospital lain termasuk Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buluh untuk kegunaan pesakit COVID-19.

59d30c72 5201 44a3 977d 046f637e411c

Timbalan Presiden PADU, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman menyampaikan sumbangan peralatan tersebut kepada Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud, di NICU hari ini.  

Menurut Wan Faiziah, peralatan yang bernilai kira-kira RM26,000 itu merupakan hasil sumbangan Alumni USM bagi membantu pesakit Hospital USM yang memerlukan alatan sokongan.

Wan Faiziah turut berharap agar lebih ramai tampil menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan hasrat perawat barisan hadapan dalam memberi rawatan yang efisien kepada pesakit.

b52c0d1a 90d1 4b4f 9bca e314e1279d14

“PADU ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang sepanjang pelancaran Projek Dana Pembelian Alatan Sokongan dan Bantuan Pernafasan: (COVID-19) semasa pandemik melanda negara.

“Semua kutipan yang diterima telah digunakan untuk pembelian alatan sokongan pernafasan termasuk ‘Nasal High Flow System’, Helmet Continuous Positive Airway Pressure’ (CPAP) dan ‘Helmet Bilevel Positive Airway Pressure’ (BiPAP) untuk diagihkan kepada hospital-hospital di Malaysia,” jelasnya. 

Tambah Wan Faiziah, PADU sentiasa bersedia membantu memyampaikan hasrat penderma di luar sana yang ingin menyumbang untuk pembelian alatan perubatan. 

e520c169 834a 455c b74f 0a3f5609431d

“Justeru, PADU amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu pesakit yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) bernombor 03018010143411 dengan rujukan TABUNG PADU 2022.

“Para penyumbang juga boleh menghubungi urusetia PADU 013-915 6345 untuk mendapatkan resit sumbangan bagi tujuan pengecualian cukai,” ujarnya lanjut.  

Teks: Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005698