
Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman menerima replika cek sumbangan bernilai RM400,000 daripada Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Haji Mohd Izani Ghani.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu pembiayaan perubatan pesakit yang kurang berkemampuan khususnya golongan asnaf dan pesakit kategori B40.
Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan ialah Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.
#TerimakasihYayasanUEM
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
18 Mei 2022