header text

header text

RAYA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK: PETUGAS KESIHATAN KOMITED TUNAI TANGGUNGJAWAB

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mei 2022 - Rata-rata rakyat Malaysia menyambut kedatangan Syawal penuh kesyukuran biarpun masih dalam keadaan terkejut dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam tadi mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1443H. 
 
Syawal yang tiba kali ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sesetengah individu yang pernah melalui suasana menunggu penetapan hari raya melalui pengumuman sebegitu. 
 
SAVE 20220502 144422
SAVE 20220502 144053
 
Biar apapun kisah di sebaliknya, kehadiran Syawal sangat dinantikan setelah dua (2) tahun diraikan dalam suasana yang agak suram kerana wabak COVID-19. Namun, Fasa Peralihan ke Endemik yang dilaksanakan bermula 1 April lalu, memberi cahaya bagi sambutan Aidilfitri hari ini.  
 
SAVE 20220502 144037
SAVE 20220502 144029
 
Bagi warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya para petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, walaupun 1 Syawal diraikan di lapangan kerja, namun ianya tidak menjadi persoalan malah merupakan satu pengorbanan serta amanah yang perlu digalas. 
 
SAVE 20220502 144045
SAVE 20220502 144002
 
Meninjau suasana raya di sekitar kampus pada lebaran kali ini, biarpun tanpa baju baharu, dapat dilihat para petugas dengan penuh bangga menyarung uniform masing-masing dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. 
 
SAVE 20220502 144014
 
Syawal kali ini juga menyaksikan Masjid Mukim Kampus Kesihatan dipenuhi oleh kariah dari kalangan pelajar, staf serta komuniti setempat mengerjakan solat sunat Aidilfitri seperti sediakala dan takbir bergema sebagai tanda meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
 
Semoga Ramadan yang baru berlalu memberikan 1,000 rahmat dan Syawal yang datang membawa keberkatan. 
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005677