header text

header text

REHABILITASI ROBOTIK TEKNOLOGI TERKINI BANTU PULIHKAN PESAKIT LUMPUH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 April 2022 – Setelah lebih setahun setengah menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik bermula September 2020, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lebih 62 orang pesakit yang menjalani Program Rehabilitasi Aktif.

591695b9 e843 4ec2 968f f4fe3feff396

Menurut Penyelaras Unit Perubatan Pemulihan, Dr. Al-Hafiz Ibrahim, Hospital USM merupakan hospital universiti pertama yang menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Cyberdyne di Malaysia kepada pesakit yang lumpuh untuk kembali pulih.

“Rehabilitasi Robotik di Hospital USM dilengkapi dengan peralatan daripada Cyberdyne Inc. Japan dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL) yang menawarkan tiga jenis rawatan iaitu 'Lower Limb' rawatan yang memfokuskan kepada pergerakan kaki, 'Lumbar' rawatan untuk kekuatan pinggang dan belakang serta 'Single Joint' bagi mengembalikan kemampuan menggerakkan anggota atas dan bawah pesakit.

991f0650 4a50 4703 920e 4fa9d69d655e

“Enam unit Robot Suit Hybrid Assistive Limb (HAL) Exoskeleton atau robot berteknologi baharu yang mengaplikasi signal bioelektrik neuro motor ini digunakan bagi meningkatkan kualiti perubatan untuk pesakit terlantar akibat strok dan seumpamanya khusus di Kelantan dan negeri-negeri pantai timur bagi mempercepatkan proses pemulihan,” katanya.

Tambah Al-Hafiz, sebelum menjalani rawatan, penilaian ke atas pesakit akan dilakukan oleh pakar rehabilitasi bagi menentukan keseriusan kecederaan dan tahap rawatan yang bersesuaian.

"Sepanjang tempoh rawatan, pesakit akan dipantau oleh pasukan Robo Rehab yang terdiri dari Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan dan Jurupulih Perubatan (Anggota dan Carakerja) terlatih bagi memastikan mereka dapat menjalani rawatan mengikut jadual serta setiap sesi yang dijalankan akan direkodkan bagi melihat perkembangan rawatan yang dijalani.

757bb5c4 15fc 43c0 b81c 1a7958f88baa

“Sepanjang menjalani rawatan juga, pesakit akan ditempatkan di Wad Korporat Hospital USM dengan persekitaran yang kondusif di samping pelbagai kemudahan antaranya katil yang selesa, tandas yang mesra pesakit, pendingin hawa dan penyediaan diet yang bersesuaian,” jelasnya lagi.

Al-Hafiz berkata, perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini juga dipercayai mampu mengubah nasib pesakit yang menyertai program rawatan ke atas mereka.

“Sebagai contoh, seorang pesakit bernama Abdul Rashid Udin, 58 tahun, dari Pak Badol, Melor yang dahulunya lumpuh dan berkerusi roda akibat kakinya tersadung sehingga beliau tersungkur ke lantai, kini kembali pulih dan mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat serta mampu memandu kenderaan sendiri.

“Saya yakin Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini memberi sinar baharu kepada beliau dan keluarga untuk menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” ujarnya.

c361f759 93d7 4e66 b682 2ff56af2e847

Al-Hafiz turut menjelaskan bahawa Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM dikhususkan kepada pesakit yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini juga terbuka kepada pesakit lain (bukan pencarum PERKESO) yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini.

“Ia merupakan usaha Hospital USM untuk membantu pesakit yang mengalami kecederaan atau kekurangan daya fizikal agar dapat kembali bekerja selain mampu berdikari dalam menjalani kehidupan harian,” ulasnya lanjut.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005730