header text

header text

DERMA DARAH PRA RAMADAN : KELAB INCOME PPSP BANTU TAMPUNG BEKALAN DARAH

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 April 2022 - Kelab Jaringan Inovasi Perubatan Masyarakat (INCOME), Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi, Hospital USM serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Taqwa, Mukim Pulau Kubang Kerian telah mengadakan Program Derma Darah Pra Ramadan, hari ini.

SAVE 20220401 201856

Menurut Ketua Program, Profesor Madya Dr. Ismail Ibrahim, program ini merupakan satu inisiatif membantu UPT Hospital USM menampung keperluan stok darah bagi kegunaan pesakit pada bulan Ramadan. 

"Di samping aktiviti derma darah, kelab INCOME juga menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan lain-lain kepada keluarga asnaf terpilih sekitar Kampung Pulau. 

"Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada staf JPM PPSP serta orang perseorangan," ujarnya. 

SAVE 20220401 201908

Ismail berkata, selaku penganjur program, kelab INCOME juga menzahirkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Pulau yang sudi bekerjasama menjayakan program pada kali ini. 

"Syukur program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan Insyaallah kerjasama seperti ini akan berterusan masa akan datang. 

SAVE 20220401 201914

"Diharap bekalan darah yang diperolehi pada hari ini sedikit sebanyak membantu melicinkan proses perawatan pesakit Hospital USM," jelasnya lagi. 

Hospital USM turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma kepada penduduk yang hadir sepanjang program itu berlangsung. 

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Ihsan UPT Hospital USM

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005732