header text

header text

I-PKRC KAMPUS KESIHATAN USM SALAH SATU SEJARAH PANDEMIK COVID-19

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mac 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa terbuka menyambut kerjasama dengan pelbagai agensi dalam apa jua program mahupun bantuan yang diperlukan. 

Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun 2020, USM turut menggembleng kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Intergrasi (i-PKRC), Kampus Kesihatan USM sebanyak dua kali iaitu pada 8 Mei hingga 30 Jun 2021 dan 1 September 2021 hingga 22 Mac 2022. 
 
SAVE 20220330 203807
 
Menurut Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd Zurairie Mohd Zubir, penutupan i-PKRC USM selaras dengan penurunan kes COVID-19 di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini. 
 
"Terima kasih kepada pihak USM di atas kerjasama yang diberikan dan saya suka nyatakan bahawa PKRC Kampus Kesihatan adalah salah satu PKRC terbaik di Kelantan kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan selesa bagi pesakit yang ditempatkan untuk menjalani kuarantin di situ," katanya. 
 
SAVE 20220330 203814
 
Mohd Zurairie berkata demikian dalam majlis ringkas penyerahan semula Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM berkuatkuasa 23 Mac 2022 selain turut menyerahkan lima (5) unit 'Oxygen Concentrator' kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. 
 
'Oxygen Concentrator' berkenaan telah didermakan oleh Singapore Red Cross sebanyak 10 unit semasa awal pembukaan PKRC Kampus USM buat kali kedua dan setelah ditutup secara rasmi, ianya diberikan kepada Hospital USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital tersebut. 
 
SAVE 20220330 203758
 
Sementara itu, Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, pula berkata, bagi pihak USM, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada KKM kerana memilih USM sebagai rakan kolaborasi untuk sama-sama merealisasikan agenda kesihatan negara. 
 
"Kita mengharapkan tiada lagi pembukaan PKRC selepas ini, tetapi jika diperlukan pada masa depan, kami berbesar hati untuk memikul tanggungjawab mendepani sebarang kebarangkalian bukan hanya gelombang pandemik, malahan apa jua risiko bencana yang melanda, USM akan sentiasa bersama-sama KKM. 
 
SAVE 20220330 203751
 
"Apatah lagi USM telah menubuhkan Pusat Pengurusan Bencana yang akan mengurus dan menyelaras segala operasi berkaitan pandemik, banjir dan lain-lain," ujarnya. 
 
Pandemik COVID-19 sesungguhnya memberi pelbagai kesan kepada semua pihak sama ada individu mahupun organisasi. USM dan JKNK membuktikan bahawa kerjasama dua kementerian berbeza iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan KKM membawa matlamat yang sama demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia. 
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005761