header text

header text

HELWA RAI ANAK - ANAK PEKERJA PENCUCIAN DAN PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Mac 2022 - Seramai 60 orang kanak-kanak melibatkan anak-anak pekerja pencucian serta pesakit kanak-kanak Wad Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan sempena program 'Back To School' daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA), Pusat Islam Kampus Kesihatan, hari ini. 
 
Kesemua penerima yang berusia antara tujuh (7) hingga 17 tahun itu menerima beg, kelengkapan persekolahan dan wang tunai. 
 
SAVE 20220318 125318
 
Pengerusi HELWA, Profesor Madya Dr. Zaharah Sulaiman berkata, program 'Back To School' merupakan salah satu daripada program yang dirangka oleh HELWA dalam menyantuni dan meringankan beban keluarga pesakit kanak- kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital USM serta anak - anak pekerja pencucian yang akan memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan. 
 
"Jawatankuasa HELWA mensasarkan bantuan kepada anak-anak pekerja pencucian di Kampus Kesihatan USM kerana mereka ini sebahagian daripada warga kampus yang memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran USM sentiasa bersih dan indah. 
 
"Ramai dalam kalangan warga Kampus Kesihatan sudah biasa dan kenal dengan pekerja pencucian ini terutamanya ketika mereka membersihkan persekitaran kerja dan mereka ini sememangnya tidak lokek membantu staf," jelasnya. 
 
SAVE 20220318 125325
 
Menurut Zaharah, program tanggungjawab sosial ini turut memberi peluang kepada Jawatankuasa HELWA untuk berbakti kepada masyarakat setempat di samping memberi sokongan moral dan motivasi kepada penerima untuk terus mengekalkan kecemerlangan walau dalam situasi apa pun. 
 
Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Roselina Zakaria, 43, memberitahu, beliau berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan kepada anaknya. 
 
"Saya berasa terharu dan sebak kerana walaupun bekerja sebagai staf pencucian di USM, kami dianggap sebahagian daripada keluarga USM. 
 
"Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu keluarga saya dalam membuat persediaan persekolahan untuk tiga (3) orang anak yang masih bersekolah,” ujarnya. 
 
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan /Foto : Norsha Zalwana Mohamed Zain

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005710