header text

header text

PROGRAM 'SPEECH AND LANGUAGE SCREENING' BANTU PERCEPAT MASA MENUNGGU PESAKIT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Mac 2022 – Klinik Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Program Patologi Pertuturan dan Klinik Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), menganjurkan Program Mega 'Speech and Language Screening' bertujuan menyaring serta menilai pesakit-pesakit baharu untuk Klinik Pertuturan. 

Selain itu, program tersebut juga  bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu pesakit-pesakit di Klinik Pertuturan yang berdaftar sehingga satu tahun bagi temujanji pertama. 
 
SAVE 20220309 204637
 
Pengarah program Mega 'Speech and Language Screening', Izzat Ismail berkata, seramai 132 pesakit hadir untuk disaring dalam program yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 6 Mac lalu. 
 
“Kebanyakan pesakit yang datang adalah berumur lima (5) tahun ke bawah kerana ramai ibu bapa sedar akan perkembangan anak mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain contohnya, kurang bercakap dan tidak fokus dalam mendengar. 
 
“Semua rujukan pesakit-pesakit yang hadir ini adalah dari Klinik Rawatan Keluarga (KRK), Klinik Pakar Perubatan (KPP), Klinik Kesihatan Daerah dan saringan kesihatan di sekolah yang telah kami lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.    
 
SAVE 20220309 204651
 
Menurut Izzat yang juga Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital USM, selepas program ini, pesakit-pesakit akan diberi temujanji pertama dalam tempoh tiga bulan dan seterusnya dapat membantu perkembangan pesakit dengan lebih cepat sebelum memasuki alam pra-sekolah. 
 
“Program ini dibantu oleh 15 orang staf dan 25 orang pelajar pra-siswazah PPSK bagi memastikan ianya  berjalan dengan lancar. 
 
SAVE 20220309 204644
 
“Sepanjang program berlangsung, kami turut mengutamakan pematuhan kepada 'Standard Operating Procedure' (SOP) di mana hanya seorang peneman sahaja dibenarkan masuk bersama pesakit untuk saringan selama 30 hingga 40 minit,” katanya lagi. 
 
Tambah Izzat, program sebegini diharap dapat menghilangkan keresahan dan kerisauan ibu bapa di samping memperkenalkan Klinik Pertuturan dan Audiologi kepada masyarakat serta menjadi ‘role model’ organisasi luar. 
 
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria /Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005788