header text

header text

CAKNAKAH KITA MENANGANI VIRUS COVID-19?

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mac 2022 – Pelbagai kegusaran timbul dalam kalangan masyarakat khususnya warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) berhubung cengkaman pandemik COVID-19 yang menunjukkan peningkatan kes harian sejak akhir-akhir ini.  
 
Sejauh mana kesedaran masyarakat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan mengenai wabak ini dan kesungguhan mereka dalam menanganinya bagi memastikan kesejahteraan semua pihak.  
 
SAVE 20220304 140731
 
Menurut Timbalan Pengarah Operasi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof, sejak Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital USM mula beroperasi pada 1 Mac tahun lalu, sebanyak 56,842 dos telah diberikan kepada kira-kira 24,000 penerima, 8,500 dos penggalak dan terbaharu 466 dos vaksin kepada kanak-kanak berumur lima (5) hingga 11 tahun.  
 
“Angka ni sebenarnya menunjukkan tahap penerimaan vaksin oleh kakitangan Kampus Kesihatan khususnya dan rakyat Kelantan umumnya.  Semua sedia maklum rayuan Menteri Kesihatan Malaysia kepada rakyat Kelantan untuk mengambil vaksin serta dos penggalak bagi mengurangkan komplikasi sekiranya dijangkiti virus COVID-19.  
 
“Dengan jumlah pesakit dan peningkatan semula kemasukan ke wad COVID dan ICU di Kelantan sejak akhir-akhir ini, adakah masyarakat benar-benar memahami peranan vaksin dalam mencegah penularan COVID-19 dan kenapa begitu ramai secara tiba-tiba menjadi begitu pakar dalam isu vaksinasi ini,” ujarnya.  
 
Tambah Imran, persoalannya mampukah fasiliti kesihatan di Kelantan menampung jumlah pesakit yang tidak divaksinasi sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 kerana mereka berkemungkinan terdiri daripada golongan berisiko tinggi dan memerlukan bantuan pernafasan sekiranya dikategorikan pesakit COVID-19 tahap lima (5).  
 
“Adalah penting untuk golongan ini faham bahawa vaksin bertindak sebagai perisai daripada virus COVID-19 yang berupaya mengurangkan risiko jangkitan yang teruk,” jelasnya lagi.  
 
Imran turut menjelaskan bahawa pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dilakukan secara berterusan dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan sekaligus menangani virus COVID-19 dari terus merebak.  
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005768