header text

header text

MENUJU ENDEMIK: BERSEDIAKAH KITA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2022 - Menjalani kehidupan bersama-sama virus COVID -19 mulai sekarang adalah hakikat yang perlu kita terima sama ada suka ataupun tidak. Perkataan 'pandemik' tidak lagi menimbulkan perasaan gerun kerana virus itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita pada hari ini. 

Masyarakat Malaysia khususnya warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) perlu sentiasa bersedia menuju ke arah fasa ‘endemik’.  Endemik adalah satu istilah epidemiologi yang bermaksud kadar jangkitan sesuatu penyakit berada di paras tetap (konstant) dalam sesebuah negara. 
SAVE 20220302 224054
 
Menurut Pakar Penyakit Berjangkit Hospital USM, Dr. Alwi Muhd Besari @ Hashim, endemik tidak bermakna evolusi virus itu sudah menjadi jinak, tetapi virus tersebut akan kekal atau tetap ada dalam komuniti kita. 
 
“Ini bermaksud masyarakat perlu menerima hakikat virus COVID-19 sentiasa berada di sekeliling kita dan mustahil untuk mencapai kosong (0) kes dalam negara.  
 
“Walaupun penyakit COVID-19 ada di sekeliling kita, namun jangkitannya tidak menjadi ancaman dan kadar dijangkiti juga semakin berkurang selepas kebanyakan masyarakat menerima vaksinasi,” katanya. 
 
Alwi berkata, Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengistiharkan endemik kerana mengkaji implikasi terhadap pengishtirannya yang mungkin akan menyebabkan peningkatan kes baharu setiap hari. 
 
“Selain itu, sistem kesihatan juga berkemungkinan lumpuh disebabkan tidak dapat menampung jumlah kemasukan pesakit yang terlalu banyak setiap hari. 
 
“Bagi mengurangkan kebimbangan dan kegusaran semua pihak, masyarakat disaran untuk mengambil vaksinasi (dos 1 dan 2) serta dos penggalak untuk mengurangkan kadar kemasukan ke hospital kerana mereka yang telah lengkap vaksinasi biasanya mengalami risiko  rendah,” jelasnya lagi. 
 
Beliau berkata, data menunjukkan kadar kematian pesakit COVID-19 di Malaysia turun mendadak apabila program vaksinasi dilaksanakan. 
 
Tambah Alwi, setiap orang perlu bersedia untuk hidup di era endemik kerana ia bermakna kita memasuki fasa mitigasi yang mana di sekeliling kita ada virus COVID-19.  
 
“Sebagai contoh, penyakit demam denggi, malaria, selesema dan banyak lagi. COVID-19 kini sudah menjadi penyakit yang memang ada dalam komuniti. 
 
“Penting untuk orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga de­ngan cara mengambil vaksin dan kekalkan amalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal secara berterusan. 
 
“Selain itu, penyampaian maklumat yang efektif harus bermula dari sekarang untuk memboleh­kan semua pihak bersedia memasuki fasa tersebut,” ujarnya. 
 
Natijahnya, mahu atau tidak, kita perlu bersedia memasuki fasa endemik yang memerlukan perubahan tingkah laku dalam norma baharu. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005735